Hiburan

Nad Zainal Baru Sahaja Tunjuk Tanda Positif Tetapi Hari Ini Dia Terpksa Ditldurkan Semula – Ungku Ismail

SELEPAS dilaporkan sudah mula sedarkan diri dan tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan sejak Khamis lalu, pelakon Nad Zainal kembali direhatkan akibat keadaan paru-parunya yang belum kuat.

Perkara itu dimaklumkan sendiri rakan artis yang juga pelakon Ungku Ismail yang menziarahinya di hospital pada petang Jumaat.

“Nad Zainal kena intubate semula… ini adalah kerana paru-parunya belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri walaupun dengan penggunaan high flow oxygen mask di lCU,” katanya.

Ketika ini Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (lCU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.

Dalam pada itu, Ungku berkata, meskipun Nad kembali direhatkan namun kesihatannya menunjukkan perkembangan positif selepas hampir dua minggu dimasukkan ke hospital.

Cumanya, tahap oksigen dalam darah pelakon itu mer0sot selepas pihak hospital menanggalkan intubate yang disambungkan kepada Nad.

Nad semakin menunjukkan perkembangan baik.

“Disebabkan paras oksigen mer0sot, pihak hospital mengambil langkah meletakkan Nad dalam keadaan rehat supaya pernafasan lebih terjaga.

“Semalam (Jumaat) dia sudah sedar bagaimanapun oksigen mula mer0sot pada sebelah malam selepas dia tidak lagi direhatkan,” jelasnya.

Untuk rekod, Nad dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 20 November lalu akibat jangkltan kuman pada paru-paru.

Ungku Ismail adalah antara rakan artis yang sentiasa berada di sisinya sepanjang pelakon itu dimasukkan ke hospital selain menyalurkan maklumat terkini tentang keadaannya dan memohon orang ramai berdoa agar Nad kembali pulih.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button