Hiburan

“Saya Bangga Pkai Nama Sendiri!” – Popular Di Corong Radio, Kak Ell Syukur Sukses Capai Jualan RM34 Juta Setahun

“Saya bangga pakai nama sendiri!” Demikian kata usahawan, Sharmila Johan atau Kak Ell yang terkenal dengan tagline ‘Memang Cantik’ ini apabila ditanya tentang produk kosmetik keluarannya yang menggunakan nama sendiri.

Menurut anak kepada penoreh getah ini, Sharmila Johan berusia 41 tahun ini, dia menganggap nama yang diberikan oleh ibu dan bapanya adalah salah satu hadiah terbesar yang membolehkan dia mencapai kejayaan seperti hari ini.

Malah, Kak Ell juga mengakui dia tidak ‘terkejar-kejar’ gelaran Datuk, sebaliknya hanya mahu memberikan yang terbaik dalam bisnes yang diceburi.

Tahun lalu, syarikat yang ditubuhkan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata ini telah mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare, SME100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021.

“Ada yang bertanya tak susah ke pikul tanggungjawab sebagai seorang usahawan, mak dan anak? Saya ‘enjoy’ dan bersyukur macam ni.

“Sebagai wanita, mustahillah saya tak bernafsu nak memiliki barang-barang mewah, kan? Tapi, saya selalu ingatkan diri sendiri supaya tak ‘over’,” katanya.

Malah, usahawanita ini menjelaskan yang dia lebih suka memastikan anaknya mendapat pendidikan yang baik, membantu kawan-kawan dan ahli keluarga, menyumbang semula kepada sekolah yang pernah diduduki dan berkongsi dengan ibu bapa atas rezeki yang diperolehi.

“Saya nak pesan, walau berjaya macam mana pun, jangan sesekali abaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.

“Syurga bawah tapak kaki ibu. Cikgu saya pesan, orang yang jaga ibu bapanya adalah orang yang berjaya. Cuma dalam setiap sudut dan gerak langkah, saya kena lebih berhati-hati dan disiplin.

“Saya tak boleh main cakap lepas sahaja. Saya ada keluarga dan anak yang perlu dijaga. Malah, saya beruntung kerana pengguna tegar jenama saya sendiri mempertahankan kualiti produk yang dihasilkan hingga ia terus relevan dan dipercayai,” katanya lagi.

Menyambut ulang tahun penubuhan Kak Ell yang ke-4, Kak Ell turut memasang impian untuk membimbing lebih ramai orang terutamanya suri rumah dan golongan pelajar untuk berjaya dengan menyertai Team #KakEllStars.

“Saya baru menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Management and Science Universiti (MSU) untuk memberi pengalaman pendidikan yang berbeza kepada pelajar berkenaan.

“Mengikut sejarah rekod lalu dengan hebahan secara meluas produk sebelum ini, jualan tahunan pernah mencecah sehingga RM 34 juta.

“Saya sentiasa percaya apa-apa yang kita buat, usaha memang daripada kita, tapi rezeki semua daripada Allah,” katanya yang mensasarkan untuk meraih anggaran jualan produk sebulan sebanyak RM 5 juta.

Pemilik nama yang selalu kedengaran di corong radio Suria FM ini ditemui sewaktu acara Kak Ell Fantasy Night di Doubletree by Hilton, Shah Alam, pada Sabtu.

Pada majlis sama, turut dilancarkan ialah produk ke-48 mereka iaitu Fairy Glow Oil, sebuah produk saiz poket yang berasaskan gabungan lima minyak terpilih.

Produk terbaharu ini boleh digunakan sekali dengan Glowing Day Cream Kak Ell yang dilancarkan bulan lalu.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button