Viral

[Vide0] Anak malu naik kereta usang, sanggup meny0r0k bawah ‘seat’ belakang… ibu tak sentap, Proton Iswara tetap ‘legend’

“FELISHA malu naik kereta ni.”

Video seorang kanak-kanak yang duduk di tempat duduk belakang kereta yang kelihatan usang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Begitulah respons ‘jujur’ anak kedua Shafina Nabilah, 30, yang pertama kali menaiki kereta Proton Iswara.

Berkongsi cerita kepada mStar, Shafina berkata, telatah anak perempuannya, Tengku Felisha Sofea yang berusia tujuh tahun itu dirakamkan pada 2021.

“Kereta tu kenderaan lama tok (datuk). Sudah lama dia tak pakai kereta ni jadi kami pun buat keputusan untuk jual.

“Jadi sebelum ada pembeli, suami saya pakai dulu masa tu. Suatu hari, kami guna kereta tu ke car washmilik suami.

“Felisha tak pernah lagi naik kereta ni dan itu first time bagi dia. Saya tahu dia tak suka kereta jenis lama atau nampak buruk, jadi saya sengaja rakam video,” ujarnya.

Menurut Shafina, sepanjang perjalanan pada hari berkenaan, anaknya hanya menyorok di bahagian bawah kerusi kerana malu.

Namun ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu bahawa momen tersebut tidak sempat dirakam.

Walaupun kereta kami tidaklah mewah, tapi dia memang tak biasa naik kereta lama.

SHAFINA NABILAH

Mengulas lanjut, Shafina memahami reaksi spontan yang diberikan anaknya, malah tidak berkecil hati.

“Kereta tu memang nampak usang sikit. Jadi boleh faham kenapa dia tak suka sebab itulah saya ketawa bila dia cakap macam tu.

“Selalunya dia naik kereta saya atau kereta papa dia. Saya guna kereta Honda Jazz dan suami pakai Toyota Hilux.

“Tok dia pula sekarang dah pakai kereta Toyota Estima dan Honda HR-V. Walaupun kereta kami tidaklah mewah, tapi dia memang tak biasa naik kereta lama,” ujar si ibu.

Mengenai kereta Proton Iswara, Shafina, ia dijual pada 2021, sambil menambah tiada foto yang merakamkan kenderaan itu sebagai kenangan.

Felisha menaiki kereta milik datuknya buat kali pertama.

Video yang dimuat naik Shafina di platform TikTok meraih lebih 200,00 tontonan.

“Jangan malu sangat adik. Kereta ni kalau dah kena air-cond dia fuh memang layan.

“Belajar rajin-rajin ya adik. Nanti dah berjaya beli kereta besar bawa mak dan ayah adik ya.

“Sebiji macam adik saya masa sekolah rendah. Ambil naik kereta Proton Saga. Dia suruh ambil jauh-jauh,” demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button