Hiburan

Remy Ishak terkejut buka WhatsApp dapat berita sedih

PELAKON Remy Ishak meluahkan rasa terkejut atas susulan nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam pada petang Khamis yang turut mengorbankan juruterbang Allahyarham Kapten Shahrul Kamal Roslan.

Remy memberitahu dia baru sahaja bertemu dengan Shahrul bersama keluarganya di sebuah restoran pada Selasa lalu.

Menerusi Instagram, Remy turut berkongsi foto yang sempat dirakamkan bersama Allahyarham, isterinya dikenali sebagai Shefa.

“Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah dan isterinya Shefa di Mozers Shah Alam.

Pertemuan itu turut disertai oleh isteri Allahyarham (paling kanan).

“Hari ini buka WhatsApp dapat berita sedih ini. Saya bersimpati, semoga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang yang beriman. Amin,” tulisnya.

Remy berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis.

Pelakon itu turut mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham dan keluarga atas pemergian Shahrul dalam insiden menyayat hati itu.

Terdahulu, mStar melaporkan selain Shahrul, 42, sembilan individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina.

Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button