Hiburan

Rupanya Idea Buat ‘Merchandise’ Senario Pernah Ditolak, Yassin Yahya Akhirnya Tunggu 19 Tahun Buka Bisnes Sendiri

Pelawak versatil, Yassin Yahya mendedahkan dia sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menceburkan diri di dalam bidang bisnes lebih-lebih lagi ketika masih aktif bersama kumpulan lawak popular, Senario.

Menurut Yassin, dia pernah mencadangkan supaya Senario mengeluarkan barangan jenama mereka sendiri namun, inisiatif tersebut dikatakan telah ditolak mentah-mentah oleh beberapa anggota lain.

Disebabkan hal tersebut, dia memutuskan untuk keluar daripada kumpulan Senario.

“Sebenarnya, saya memang suka berniaga. Ketika saya masih bersama kumpulan Senario, saya pernah mencadangkan idea untuk kami mengeluarkan barangan jenama Senario.

“Ketika itu, kami lima orang duduk berbincang. Saya cadangkan untuk gunakan Gitu-Gitu Production untuk menghasilkan merchandise kita sendiri tapi idea tersebut ditentang oleh beberapa ahli lain.

“Pada waktu itu, mereka masih tak nampak lagi kebaikkan projek ni. Saya bagitahu, sampai bila nak harapkan orang luar untuk menjaga semua ini. Saya jadi ralat kerana kami ini ahli Senario tapi kami tak boleh nak buat duit dengan nama kami sendiri.

“Oleh kerana itu, saya putuskan untuk keluar Senario supaya mereka nampak apa tujuan saya yang sebenar,” katanya kepada MH.

 

Tambah Yassin, selepas keluar daripada Senario, dia telah berusaha keras untuk menaikkan jenamanya sendiri (personal branding).

“Bila saya keluar daripada Senario pada tahun 2003, saya mula fokus untuk kukuhkan jenama diri sebelum mengeluarkan produk saya sendiri.

“Saya mahu pastikan diri saya ini tahan maki, cacian dan boleh diterima ramai.

“Jadi, dengan pengalaman tersebut , saya rasa sudah cukup lama untuk membina jenama saya sendiri dan memasuki tahun 2022, inilah masanya saya membuat duit,” kongsinya lagi.

Yassin berkata sedemikian ketika ditemui di Program Fiesta Market Celebrity baru-baru ini.

Malah, Yassin dan isteri merupakan individu yang bertanggungjawab menjalan festival jualan tersebut.

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi filem Aku Kaya The Movie itu turut mendedahkan dirinya telah mendapat bimbingan daripada usahawan dan selebriti versatil, Ifa Raziah bagi menjayakan projek ini.

“Saya juga mendapat bimbingan daripada Kak Ifa Raziah. Saya banyak ikut Star Vendors dan expo-expo lain. Saya buat marketing untuk diri saya sendiri demi melihat penerimaan orang terhadap diri saya.

“Jadi, saya melihat diri saya ini masih relavan sehingga hari ini dan apa salahnya saya keluarkan produk saya sendiri. Ini adalah langkah pertama saya dalam bidang bisnes,” akhirinya.

Terdahulu, Yassin baru sahaja melancarkan dua jenis produk penjagaan diri iaitu produk penggayaan rambut (pomade) dan sabun cleanser pelbagai guna untuk lelaki dibawah jenamanya sendiri SENNARYO.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button