Hiburan

“Rumah saya sesuai untuk shoot…” – Penat lelah sebagai pelakon membuahkan hasil, Adam Lee dan Sweet Qismina berjaya beli rumah

HASIL penat lelah sepanjang bergelar anak seni membuahkan hasil apabila pelakon Adam Lee berjaya memilik sebuah rumaj baharu.

Adam atau Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, 30, berkata, dia juga terbuka menyewakan rumah teres dua tingkat berkenaan kepada mana-mana produksi untuk tujuan penggambaran drama dan filem.

“Untuk semua pengurus produksi Malaysia yang disayangi. Saya nak beritahu rumah saya boleh digunakan untuk penggambaran tapi bagi saya ubah suai dulu cantik-cantik, maklumlah kunci pun baru dapat.

Adam bersedia sewakan rumah untuk tujuan penggambaran drama.

“Rumah saya sesuai untuk shoot slot Akasia, Megadrama, Widuri, Samarinda, Lestary, Viu, IQiy dan sewaktu dengannya,” tulisnya.

Tidak habis disitu, isteri Adam iaitu pelakon Sweet Qismina,27, memberitahu dia juga membeli rumah sebagai aset sendiri.

Aktres itu berkongsi foto kediaman baharunya di Instagram dan meluahkan rasa syukur mengenai perkara berkenaan.

“Rasa bersyukur tak terhingga sangat. Bertahun-tahun cari rumah, bertahun juga tunggu nama lepas dekat bank.

“Kenangan paling tidak boleh dilupakan rasanya setahun ke hulur ke hilir dengan mama pergi tengok rumah. Sampai banyak deposit kita keluarkan duit tempahan.

“Tapi Allah kata bukan rezeki. Kita reda. Rumah ni pun, patutnya tahun dapat kunci tapi Alhamdulillah, Allah dah tulis tahun 2024 tahun awak akan dapat kunci. Alhamdulillah sangat,” tulis aktres itu di Instagram.

Sweet bersyukur hajat miliki rumah sendiri akhirnya tercapai.

Perkongsiannya itu menarik perhatian rakan artis antaranya Zahirah Macwilson, Riena Diana, Wanna Ali, Noki K-Clique, Naim Daniel dan Ummi Nazeera.

Selain itu peminat juga turut tumpang bangga dengan pencapaian pasangan ini dan berharap mereka terus menyinar dalam industri seni.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.

Sumber :mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button