Hiburan

“RM179 Tambah RM15, Mak Ai Tak Mampu Nak Support” – Netizen Pertikai Harga Biskut Jualan Shuhada Terlalu Mahal

Sejak akhir-akhir ini, nama isteri kepada pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada sering disebut ramai akibat kemelut rumah tangga yang dihadapi.

Namun, kini dia sudah bangkit dengan penuh semangat melakukan perniagaan kecil iaitu menjual biskut berjenama Satu Tak Cukup Shelup Shelup untuk kelangsungan hidup bersama anak-anak.

Ramai yang mahu membantu wanita tersebut dan seorang pengguna berkongsi satu hantaran video melihatkan Shuhada sedang promosikan biskut jualannya itu di live TikTok.

Bagaimanapun, apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut terutamanya golongan B40 sewaktu mengetahui harga biskut tersebut adalah RM179 dan tidak termasuk servis penghantaran, RM15.

Disebabkan itu, para netizen berkata diri mereka hanya boleh sedekahkan doa sahaja buat ibu anak dua itu sebagai tanda sokongan kerana tidak mampu untuk membeli biskut jualannya.

Biarpun ramai pertikaikan harga biskut jualan Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu itu, ada juga segelintir netizen memberi cadangan agar biskut itu dijual secara mini dan boleh diletak dengan harga yang lebih mampu milik untuk semua orang.

Nurul Shuhada temui pengganti?

Tampil berjenaka dalam ruangan Instagram, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri sengaja memuat naik gambar bersama seorang lelaki.

Menerusi hantaran itu, ibu dua anak itu kelihatan mengenakan pakaian sedondon berwarna putih bersama lelaki yang kelihatan persis wajah pelakon Korea Selatan.

Nurul Shuhada juga melayangkan pertanyaan buat dua cahaya matanya sama ada mereka bersetuju dengan pilihan dirinya pada masa akan datang.

“Humairah, Umar, okay tak yang ini? Dua orang dah mata bulat, lepas ini mata sepet?” soalnya berserta tanda pagar #shugurauje #photoshoot.

Isnin lalu, Hafidz berharap ruang berdamai dengan isterinya masih terbuka, malah turut meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua anaknya, Humairah dan Umar.

Tarikh sama, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan Hafidz menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak bagi penilaian psikiatri, bermula 28 Mac depan.

Hafidz dibebaskan dengan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri Nurul Shuhada sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak pada pukul 3.22 pagi, 2 Mac lalu berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntuk hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323 tersebut.

Kes akan disebut semula pada 9 Jun ini.

Sumber: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button