Hiburan

“Pernah terlintas difikiran, mungkin saya tidak ada anak” – Amylea tak sangka jumpa jodoh pada usia 37 tahun. Majlis tetap meriah walau…

PENYANYI dan komposer Amylea Azizan sama sekali tidak menyangka dia akhirnya bertemu jodoh pada usia 37 tahun.

Menurut Amylea, dia sudah mulai reda dan pasrah seandainya tidak dipertemukan jodoh sehingga ke akhir hayat, namun tidak diduga dia bertemu jodoh dengan seorang anggota bomba dari Singapura iaitu Mohammad Aqbar atau lebih mesra disapa Ash pada hujung tahun lalu.

“Sebelum ini pernah terlintas difikiran… mungkin saya tidak ada anak kerana saya tidak berkahwin. Saya tak mengharapkan ke arah itu kerana kalau tak berkahwin macam mana nak dapat anak?

“Tapi Allah temukan saya dengan suami. Dulu tak ada suami, sekarang sudah ada. Kalau tanya soal zuriat, begitu juga saya serahkan bulat-bulat pada takdir. Ada atau tidak, doakan supaya saya bersedia untuk menerima dengan reda semua pemberian Allah ini,” katanya kepada mStar.

Amylea tidak sangka dipertemukan jodoh pada usia 37 tahun.

Amylea berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis resepsi perkahwinannya yang diadakan di Bizmilla Wedding Hall, Subang, Selangor pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Amylea memberitahu dia tidak pernah merasai momen bahagia seperti ini sebelum berumah tangga.

Malah, pertemuannya dengan suami adalah sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup kerana menyifatkan dirinya sudah bertemu seorang lelaki yang tepat.

“Selama 18 tahun bergelumang dalam industri. Saya berjumpa dengan ramai orang, dari orang asing, dari tak berkawan hingga menjadi kawan. Tapi saya tidak pernah jumpa orang yang sangat ikhlas dan tidak ‘plastik’ seperti dia.

“Segala yang dia cakap adalah ikhlas dari hatinya. Susah nak cari orang yang sayang saya seperti dia, Alhamdulillah saya tak pernah rasa bahagia macam saya rasakan sekarang,” ujarnya.

Berkongsi mengenai majlis resepsi, penyanyi lagu Tak Pernah Hilang itu berkongsi segala persiapan hanya dibuat dalam tempoh 72 jam berikutan dia kini sedang sibuk menyiapkan lagu serta perlu menguruskan hal keluarga.

Sebelum ini pernah terlintas difikiran… mungkin saya tidak ada anak kerana saya tidak berkahwin.

AMYLEA AZIZAN

PENYANYI

Amylea dalam masa sama mengucapkan terima kasih kepada teman-teman rapat yang banyak membantu untuk merealisasikan majlis persandingannya itu.

“Saya sangat terharu dan berterima kasih kepada rakan-rakan kerana mereka banyak membantu memudahkan urusan majlis pada hari ini. Sebenarnya sebelum majlis ini berlangsung, saya sibuk menyiapkan lima buah lagu dan sedang mengejar ‘deadline’.

“Jadi persiapan memang dibuat dalam keadaan sangat kelam kabut. Tanpa bantuan daripada rakan-rakan, saya tidak tahu bagaimana agaknya majlis pada hari ini.

“Saya berterima kasih kepadaa Mila Jirin yang banyak menyelamatkan benda di saat akhir. Apa yang tak cukup, dia tolong cukupkan mana yang boleh. Saya bukan seorang yang feminin dan tidak pandai urusan membabitkan perkahwinan, dalam masa sama juga saya sibuk siapkan lagu,” katanya.

Amylea bersyukur dipertemukan dengan lelaki yang tepat.

Majlis resepsi berkenaan dihadiri kira-kira 400 tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan Ash dari Singapura.

Antara rakan artis yang hadir seperti Jaclyn Victor, Fasha Sandha, Uqasha Senrose, Nabila Razali, Diana Danielle, Ummi Nazeera, Ali Sariah Masdo dan Dina Nadzir.

Paling istimewa, Amylea sempat menghiburkan tetamu dengan single terbaharunya berjudul Pangeran.

Pada 27 November lalu, Amylea memaklumkan dia sah bergelar isteri kepada Ash namun merahsiakan tarikh sebenar mereka bernikah.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button