Hiburan

Pemilik Katering Dαkwa Shuib Nak Kahwin Dgn Watie, Dh Buat Tempahan! Sekali Tuan Badan Buka Mulut

Shuib terkejut apabila rakan penyampainya, Ajak memberitahu ada mendengar khabar angin dia bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita dikenali Watie Hanifiah, hujung tahun ini.

Shuib berkata, baru-baru ini Ajak ada terserempak dengan seorang pemilik katering yang mendakwa dia sudah menempah makanan untuk hari bahagianya.

Foto: IG

“Lima hari lalu Ajak ada bertanya adakah saya akan berkahwin hujung tahun ini. Ketika diajukan soalan itu, saya terpinga-pinga kerana tak faham apa yang cuba disampaikan.

“Dia beritahu ada terserempak dengan seorang pemilik katering yang mendakwa Shuib sudah menempah makanan untuk buat majlis perkahwinan sehingga pemilik itu turut beritahu jumlah tetamu yang bakal hadir.

“Saya beritahu Ajak jika dia bakal berkahwin sudah tentu Ajak adalah individu terawal yang akan dimaklumkan. Malah ketika saya mula mengenali Watie, Ajak antara orang pertama yang saya kongsikan.

“Jadi, kalau kata saya ada berjumpa pemilik katering atau tukang buat baju, semua itu adalah dusta. Ada pihak yang buat fitn4h dengan ‘menjual’ cerita yang tidak betul,” katanya ketika ditemui pada majlis Inilah Suria Bersama Penyampai Suria Fm di sebuah hotel, di sini.

Menurut Shuib, dia turut menafikan khabar angin mendakwa dirinya bakal berkahwin pada Mac tahun depan, sebaliknya memaklumkan tiada perancangan dibuat.

“Belum ada sebarang perancangan dan rasanya macam jauh lagi perjalanan ke arah itu sebab saya nak pastikan anak-anak terima kehadirannya dahulu.

“Perkenalan dua hingga tiga bulan belum cukup masak untuk menilai dia. Alhamdulillah hubungan kami berjalan lancar dan anak-anak serta mak saya pun suka dengan kehadirannya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Sumber/ Kredit : -CARI

Diolah oleh : Wan Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button