Viral

Pend4rahan Fatimah ‘The Family UK’ berhenti 2 jam sebelum ditidurkan, darah tiba-tiba kering tanpa tinggal walau setitis

SELEPAS lapan hari mengalami pendarahan tanpa henti susulan prosedur pembedahan biopsi minggu lalu, keadaan kesihatan personaliti media sosial cilik, Fatimah ‘The Family UK’ menunjukkan perkembangan positif.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan ibu Fatimah, Nor Ashila Mahamed Ismail kepada mStar pada Sabtu, pendarahan yang dialami anak keduanya itu secara tiba-tiba berhenti, dua jam sebelum memasuki dewan pembedahan.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar… Allah Maha Besar. Berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat kesayangan kami, Fatimah.

“Selepas lapan hari pendarahan, doktor terpaksa buat keputusan menidurkan Fatimah dalam usaha untuk menghentikan pendarahan. Dua jam sebelum masuk teater pembedahan, dengan kuasa Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, pendarahannya berhenti dengan tiba-tiba

“Dalam sekelip mata, darah yang mengalir tanpa henti selama lapan hari tiba-tiba kering tanpa tinggal walau setitis,” kongsi Nor Ashila sambil menambah, situasi tersebut turut membuatkan para doktor dan jururawat terkejut.

Menurut Nor Ashila, Fatimah, 10, yang kini ditempatkan di sebuah hospital di Birmingham, masih lagi dalam keadaan yang lemah dan sakit.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu dalam waktu yang sama mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti menitipkan doa, serta memohon jasa baik orang ramai untuk terus mendoakan kesembuhan puterinya.

Fatimah terlantar di hospital sejak Mac.

“Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.

“Fatimah masih lagi lemah dan sakit. Kami pohon jasa baik anda semua untuk terus mendoakan Fatimah.

“Semoga segala jasa baik anda semua dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT. Semoga masih ada lagi keajaiban yang menanti Fatimah,” kongsinya lagi.

Nor Ashila turut berkongsi perkembangan terbaharu anaknya itu menerusi Instagram The Family UK.

mStar sebelum ini melaporkan Fatimah atau nama sebenarnya Fatimah Omar Mukhlis sedang terlantar di sebuah hospital kerana menghadapi masalah kesihatan sejak Ramadan.

Untuk rekod, Fatimah meraih populariti kerana bertutur dalam dialek Kelantan meskipun membesar di United Kingdom.

Telatah Fatimah bersama adik-beradiknya iaitu Omar Mukhtar dan Ali dikongsi menerusi Instagram The Family UK yang memiliki lebih 760,000 pengikut.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button