Pemuda Cina sempoi lepak masjid, tunggu kawan-kawan Muslim solat… Ramai puji kacak, rupanya pelakon!
Penularan sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pemuda berbangsa Cina menunggu rakan-rakannya beragama Islam menunaikan solat di sebuah masjid mendapat perhatian netizen.
Menerusi video berkenaan, pemuda dikenali sebagai Ooi Liang Chia itu memberitahu perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan sepanjang berkawan rapat dengan rakan-rakan berbangsa Melayu.
Malah kata Chia, rakan-rakan juga sudah tidak menganggap dia sebagai seorang Cina malah akan memintanya memakai kopiah atau songkok selepas mereka selesai solat.
“Kawan-kawan saya ini memang, nanti suruh pakai songkok, pakai kopiah. Dia orang dah tak anggap saya ini Cina,” katanya.
Chia menjadikan Sean Lee sebagai inspirasi.
Video tersebut sehingga kini berjaya meraih empat juta tontontan di aplikasi berkenaan.
Rata-rata netizen terharu dengan sikap pemuda itu selain memuji ketampanan wajahnya malah ada ingin berkenalan dengan lebih dekat.
Bukan itu sahaja, kebolehannya berbahasa Melayu dengan baik tanpa mempunyai slang Cina juga turut dipuji.
Dalam pada itu Chia ketika dihubungi mStar berkata, dia dibesarkan dalam persekitaran ramai penduduk Melayu hingga membuatkan dia tidak kekok bergaul atau bercakap dalam bahasa kebangsaan.
“Saya dibesarkan di kopitiam milik ibu bapa di mana semua gerai makanan di situ adalah gerai Melayu dan pelanggan kami juga kebanyakan Melayu.
“Bukan itu sahaja, saya pula bersekolah di sekolah menengah kebangsaan, jadi memang saya dah biasa bergaul dengan orang Melayu sejak kecil lagi,” katanya.
Namun siapa sangka, Chia yang berkelulusan dalam bidang perundangan mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan sejak dua tahun lalu.
Chia berkata, dia mula bergelar seorang pelakon sepenuh masa apabila menerima tawaran daripada guru lakonannya selepas hasrat mengembangkan karier sebagai peguam di Singapura tidak kesampaian.
“Selepas habis chambering (latihan kelayakan), saya sepatutnya berhijrah ke Singapura sebagai peguam tapi disebabkan c0vldl9 pada masa itu, mereka terpaksa tamatkan kontrak saya.
“Kebetulan ketika itu saya ada kenalan yang merupakan seorang guru lakonan, dia tanya sama ada saya berminat atau mahu mencuba terjun dalam bidang lakonan,” katanya.
Chia akui tak memilih watak dalam lakonan.
Anak kelahiran Kedah ini juga memberitahu bahawa selain berlakon dia juga pernah menjadi pengacara beberapa dokumentari.
“Saya juga pernah menjadi pengacara untuk dua dokumentari 13 episod yang pernah ditayangkan di televisyen,” kongsinya.
Menginspirasikan pelakon dan pengacara Sean Lee, Chia berkata dia tidak memilih watak memandangkan masih lagi baharu dalam industri lakonan dan menerima segala peluang yang diberikan kepadanya.
“Sekarang ini tidak terlalu memilih watak, jika diberikan peluang untuk berlakon dalam mana-mana drama dan digandingkan dengan siapa pun saya akan terima tapi berharap suatu hari nanti akan menjadi seperti Sean Lee,” ujarnya.
Graduan jurusan undang-undang daripada Universiti Multimedia (MMU) Melaka ini berkata, dia turut mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya untuk melibatkan diri sebagai pelakon.
Keluarga beri sokongan penuh pada karier lakonan.
“Ibu bapa saya memang bagi sokongan sepenuhnya. Mereka hanya harap saya boleh dapatkan segulung ijazah dan selepas itu mereka memberi kebebasan sepenuhnya kepada saya untuk menentukan karier pilihan,” katanya lagi.
Katanya, sebagai pendatang baharu dia juga menggunakan media sosial untuk lebih dekat dengan peminat sekali gus dikenali sebagai artis yang semakin berkembang.
“Saya membuat konten di TikTok untuk lebih dikenali dalam kalangan peminat malah baru-baru ini beberapa video saya mendapat perhatian ramai hingga semakin dikenali,” kongsinya.
Chia pernah berlakon beberapa drama bersiri dan telemovie antaranya Jangan Curi Hati Saya, Kelam, Katakan Pada Dia, Hantu Debab, Wasilah Kasih, Melati Dua Sejoli, Nyonya Ronggeng dan yang terbaharu Sulaman Cinta Khat.
Komen netizen:
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda