Viral

Pemilik restoran ‘si4sat’ kenapa sambalnya rasa pelik, tunjuk bukti penemuan ‘benda’ dalam belacan – “Macam pasir di pantai”

ISU kebersihan makanan bukan perkara yang boleh dikompromi atau dipandang remeh.

Makanan yang kotor atau tercemar dengan benda asing berpotensi untuk mengundang masalah kesihatan atau paling ditakuti, boleh membawa kesan yang lebih buruk sehingga meng4ncam nyawa.

Sejak Ahad, tular video seorang pengusaha restoran yang membuat pendedahan dengan mendakwa belacan yang sering digunakannya dalam menu masakan dicemari bahan asing yang berbahaya.

Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok, lelaki itu sempat menunjukkan demonstrasi untuk membuktikan dakwaannya.

“Aku nak tunjuk dekat hangpa (anda) belacan yang paling si*l, paling kotor dan paling tak boleh dipakai. Aku dah buat (sambal) belacan lama dah. Setiap kali aku buat, rasa pelik.

“Kenapa ada rasa macam pasir, macam benda keras. Padahal kami basuh bawang, cili, semua kami basuh dulu. Jadi hari ini hati aku tak sedap. Aku selalu pakai jenama ni S*****.

“Hati aku tak sedap, aku nak check sendiri. Aku rasa mungkin dalam belacan… belacan yang kotor,” katanya pada permulaan video.

Dia kemudian mencairkan satu buku setengah belacan berkenaan di dalam satu bekas dan kemudian menapis ‘air belacan’ tersebut dengan penapis besar.

Lelaki tersebut mencairkan sebuku belacan sebelum menapisnya.

Sebaik sahaja proses tapisan dilakukan, kelihatan sisa yang tertinggal di dalam penapis dan ternyata membuatkan dirinya terkejut.

Bagi memastikan apakah ‘sisa bahan’ tersebut, dia kemudian mencuci dengan menggunakan air paip dan kelihatan bahan halus yang didakwanya kulit kerang hancur.

“Ini kulit kerang… tak boleh basuh dah! Benda inilah yang aku makan sambal (rasa) berpasir tu. Tengok sendiri. Kulit kerang!

“Sebuku belacan, hangpa tengok berapa banyak (kulit kerang hancur). Macam pasir dekat pantai!” ujarnya dalam loghat utara.

Aku boleh buat live, aku masih ada belacan tu. Ramai dah terkena… orang ramai tak tahu. Makan 10 kali boleh rosak buah pinggang wei.

PENGUSAHA RESTORAN

Dalam satu video berasingan yang dimuat naik beberapa jam lalu, lelaki berkenaan memaklumkan sudah membuat laporan kepada pihak yang berkaitan supaya tindakan tegas diambil terhadap pengilang belacan tersebut.

“Sebagai pengguna, aku dah report kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (Sispaa), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Jadi sekarang aku cuma menunggu tindakan. Tolong viralkan supaya kementerian yang terbabit tahu cepat dan buat tindakan cepat. Sebab apa, bila pekerja dalam syarikat itu nampak video ini, mereka akan inform orang atasan.

Antara komen netizen pada perkongsian video lelaki berkenaan.

“(Bila) bos mereka dah tahu, mereka dah expect orang-orang kementerian kesihatan akan datang kilang mereka sebab mereka nak sahihkan benda itu betul atau tidak.

“Kalau delay (tangguh), kilang ni ada masa nak bersihkan the mess, nak tutup buktilah. Nanti akhirnya, aku yang kena… ada kemungkinan, pada akhirnya, mungkin ada twist.

“Aku boleh buat live, aku masih ada belacan tu. Ramai dah terkena… orang ramai tak tahu. Makan 10 kali boleh rosak buah pinggang wei,” katanya.

Sehingga kini perkongsian video pendedahannya meraih lebih 10,500 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Menerusi carian mStar, belacan tersebut dikilangkan di Pulau Pinang.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button