Hiburan

Pelanggan mengadu makanan tak sedap, pelayan pula lebihkan artis… Danial Zaini mahu tebus silap pelawa datang semula restoran

PELAWAK dan pengacara Danial Zaini tampil membuat permohonan maaf selepas menerima teguran oleh seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan layanan diterima semasa mengunjungi restoran Paku & Pontianak 2, baru-baru ini.

Memandang serius aduan diterima, Danial, 30, berkata pihaknya berjanji untuk menambah baik mutu perkhidmatan dan kualiti makanan di restoran miliknya itu.

Menurut Danial, isu makanan lewat dihidangkan kepada pelanggan berlaku disebabkan restoran menerima dua tempahan majlis tertutup.

Antara aduan yang ditulis oleh Zizan.

“Pertama sekali kami minta maaf atas kelewatan dalam menyediakan makanan untuk pihak tuan. Pada hari kejadian kami mempunyai dua acara hari jadi yang berjalan serentak. Kami akan memperbaiki dan menambahbaik servis dari masa ke masa.

“Sepanjang majlis berlangsung, kami telah menyediakan tiga staf untuk melayan setiap tetamu di bilik VIP, dua untuk menjalankan servis dan satu sedia sebagai back-up yang berada di luar demi menjaga privasi,” jelasnya.

Danial menjawab reviu pelanggan itu menerusi laman Twitter pada Selasa.

Sebelum ini, seorang pelanggan dikenali sebagai Zizan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan diterima semasa meraikan sambutan ulang tahun rakannya.

Antara yang dibangkitkan ialah isu makanan dihidangkan telah sejuk akibat lewat dihantar ke meja pelanggan sehingga terpaksa menunggu lebih dua jam.

Bukan itu sahaja, Zizan juga mendakwa terdapat perbezaan layanan apabila ada satu majlis berbeza melibatkan seorang artis turut diadakan dalam waktu yang sama.

Kami akan memperbaiki dan menambahbaik servis dari masa ke masa

DANIAL ZAINI

PELAWAK/PENGACARA

Dia juga menyebut tentang kualiti makanan yang mana daripada sudut selera peribadinya kurang memuaskan.

“Dalam masa yang sama ada function birthday artis di tingkat bawah restoran, kami di tingkat atas belah atas. Tapi artis makan bufet. Kami ala-carte.

“Mereka nampak lebih-lebihkan artis daripada kami. Kami pun bayar kot. Entah-entah artis makan percuma,” tulisnya.

Danial sedia terima kunjungan semula pelanggan yang membuat aduan.

Dalam pada itu, Danial turut menjawab keluhan pelanggan mengenai isu ruangan parkir terhad di restoran miliknya yang terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur itu.

“Berkenaan dengan isu parking, pihak kami memang menyediakan parking khas untuk para tetamu tetapi pada malam tersebut parking telah pun penuh dan dua parking yang ada telah di reserve sebelum hari majlis berlangsung,” ujarnya.

Mahu menebus kesilapan, Danial terbuka hati untuk menjemput semula pelanggan berkenaan ke restorannya itu.

“Secara peribadi,dengan berbesar hati saya ingin mempelawa pihak tuan untuk datang kembali ke restoran saya dan memberi peluang kepada kami untuk menebus semua kesalahan kami kepada pihak tuan,” jelasnya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button