Hiburan

“Nama Tyzo Pun Kau Tak Hantar Untuk ABPBH 2023 Walaupun…” – Penyampai Radio Selangor FM

Penyampai Selangor FM, Anie Mokhtar berkongsi beberapa rantaian kenyataan di Instagram Story didakwa susulan penamatan perkhidmatan Tyzo sebagai penyampai radio Suria FM semalam.

Menerusi kenyataan terbaharu yang dimuat naik, Anie berkata, banyak hal yang perlu ‘dikongsi’ kepada pendengar dan hal pertama yang perlu diceritakan adalah perihal penghantaran nama pencalonan Tyzo untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023.

“Kita nak start dari mana yer? Oh should be start bagi pendengar tahu cerita sebenar yang even nama Tyzo pun kau tak hantar untuk ABPBH 2023 walaupun Tyzo adalah top 5 ABPBH 2022.

“Dari awal sebelum kemenangan dia kau dah cuba sekat peluang dia. Jahat dan tergamak. So macam mana nama Tyzo ada tahun ni? Jom spill the tea,” tulisnya.

Namun, Anie masih belum lagi berkongsi ‘tea’ tersebut menerusi Instagramnya.

Terdahulu, menerusi kenyataan media, khidmat Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris ditamatkan selepas lapan tahun bersama Suria FM.

Pengurus Besar stesen radio berkenaan, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.

Tyzo pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM

Sementara itu, Shahira pula memuji sikap profesional Tyzo sepanjang mereka bekerjasama dalam segmen berkenaan.

“Patah sebelah sayap saya. Sepanjang kerjaya, Tyzo yang paling kelakar dan terbaik. Ini keputusan Suria FM dan kita perlu ikut.

“Sejujurnya senang bekerja dengan Tyzo. Dia bijak dan peka dengan sekeliling. Dia juga sangat mengambil berat tentang orang lain,” jelasnya.

Terdahulu ketika membuat pengumuman itu Tyzo tidak dapat menahan sebak pada penghujung segmen kendalian mereka berdua itu.

Untuk info, Suria Petang dikendalikan oleh Tyzo bersama Rara setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 3 hingga 7 petang.

Sumber :Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button