“Nabil je berani” – Tiga ciuman Nabil Ahmad buat Ramli MS, dikejvtkan dengan kek hari jadi di pentas GV9
JURI profesional program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) Datuk Ramli MS dikejutkan dengan sebiji kek cokelat bersempena hari jadinya yang ke-64.
Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu gamat apabila semua hadirin turut menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada Ramli.
Ramli dikejutkan dengan sambutan itu ketika hos program berkenaan, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein memperkenalkan barisan juri pada awal program sebelum mendedahkan pengarah muzik itu baharu sahaja menyambut hari jadinya pada 17 November lalu.
“Semoga Tok Ram dipanjangkan umur 100 tahun, Insya Allah… dikelilingi orang disayangi dan diberkati,” ucap Nabil kepada Ramli.
Ramli memotong kek cokelat yang dikejutkan kepadanya.
Bagaimanapun auditorium berkenaan bertukar gamat apabila Nabil mencium pipi kiri dan kanan serta dahi Ramli.
Tidak hanya itu, Nabil turut memeluk erat Ramli yang mendapat tepukan daripada penonton.
Umum mengetahui keakraban hubungan Ramli dan Nabil yang sama-sama menjayakan GV sejak musim pertama.
Dalam pada itu, secara berseloroh, Nabil sambil memandang ke arah kamera meminta ibunya, Rohaizah Abdul Latiff menghantar mesej kepada Ramli.
“Mak, jangan lupa DM!,” katanya.
Peringkat separuh akhir GV9 pada malam Ahad bakal menyaksikan lapan peserta bakal berentap menerusi dua persembahan iaitu solo dan duet bagi melayakkan diri ke final minggu hadapan.
Lapan peserta yang berentap adalah Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tomok, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Bob Yusof, Dina Nadzir dan kumpulan V.E.
Kredit foto: MH
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda