Global

“Menghadapi sesuatu yang sukar dalam hidup” – Kajol umum rehat dari media sosial, berdepan ujian terberat.

PESOHOR Bollywood, Kajol membuat kejutan kepada warganet dan peminat apabila mengumumkan berehat daripada dunia media sosial.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi platform Instagram dan Twitter miliknya pada Jumaat.

Aktres kesayangan ramai itu dilihat membuat hantaran dengan berlatarbelakangkan warna hitam dan kenyataan mengapa dia memilih untuk berehat daripada media sosial.

“Menghadapi sesuatu yang sukar dalam hidup”

“Berhenti seketika dari menggunakan media sosial”-tulis kajol

Bintang Dilwale Dulhania Le Jayenge itu mempunyai 14.4 juta pengikut di Instagram. Wanita berusia 48 tahun itu juga telah memadam kesemua foto atau hantaran yang dikongsikan kepada umum di platform sama.

Kajol sebelum ini agak aktif di media sosial terutama di Instagram apabila sering berkongsi foto dan momen keluarga termasuk bersama suaminya, Ajay Devgn, anak perempuan, Nysa dan anak lelaki mereka, Yug.

Selain itu dia juga kerap berkongsi momen throwback lakonannya dalam filem seperti Gupt and Bekhudi.

Meski tindakannya mencetuskan tanda-tanya, namun peminat tetap memberi sokongan dan kata-kata semangat agar Kajol mampu melewati fasa sukar dan kekal positif.

“Saya berharap dengan berehat dari media sosial akan menghasikan perkara yang terbaik, doa dan cinta buat anda”-kata peminatnya

“Kami sangat sayang kamu! kami berharap agar kamu baik-baik sahaja, dakapan dan sayang dari jauh”-tambah peminatnya

“Beri kamu semua sayang! ambil masa, kami merindui kamu, semoga cepat kembali”-ujar peminatnya

Dia akan muncul dalam siri terkini Netflix, India’s Lust Stories 2, sebuah antalogi yang diarahkan oleh Sujoy Ghosh, Konkona Sensharma, R Balki dan Amit R Sharma. –

Sumber: Sinar Harian, murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button