Global

“Kenapa jadi begini… aku selalu kena t1pu” -Tegar dih4lau keluar rumah selepas gagal bayar sewa, ibu pula sudah beberapa hari tak makan

PENYANYI Tegar Septian sekali lagi berdepan dengan masalah kewangan sehingga menyebabkan dia gagal membayar sewa rumah yang turut didiami oleh kedua ibu bapanya.

Disebabkan masalah itu, pemilik rumah sewa berkenaan meminta keluarga Tegar, 22, mengosongkan premis tersebut kerana mahu diberikan kepada bakal penyewa baharu.

“Aku kesian dengan orang tuaku. Kalau aku tidak bayar orang tua aku mahu tidur di mana?

“Apa lagi yang harus aku lakukan? Aku harus bayar sewa rumah,” katanya.

Bekas peserta Big Stage 2022 itu berkongsi perkara tersebut menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.

Menerusi paparan perbualan WhatsApp dengan ibunya, Tegar mendedahkan wanita itu tidak makan sejak beberapa hari disebabkan masalah kewangan.

Tegar hidup susah sehingga gagal bayar sewa rumah.

Dalam masa sama, Tegar juga menjelaskan antara punca dia berdepan dengan situasi sebegini adalah disebabkan sering ditipu dan tidak menerima wang royalti kerjaya seninya.

“Kenapa jadi begini… aku selalu kena tipu. Semoga anda semua faham apa maksudku. Royalti pun aku belum dapat sepenuhnya,” jelasnya.

Dalam masa sama, Tegar juga dilihat berjalan-jalan di sebuah kawasan sunyi tanpa arah tujuan susulan masalah yang dialami.

Tegar sebelum ini juga pernah menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat kembali menjadi penyanyi jalanan dek kerana kurang tawaran persembahan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button