“Masa nak bankrap, inilah orang yang tolong” – Ex Staff Tampil ‘Counter’ Anak Makcik Kemboja
Kecoh di media sosial mengenai kenyataan seorang lelaki yang mengaku dia adalah anak makcik Kemboja, mencabar netizen supaya bersemuka dengannya di kilang.
Ia berkemungkinan berasa berang dengan tindakan segelintir netizen yang mengecam ibunya gara-gara menyatakan orang Melayu mempunyai sikap pemalas.
Bagaimanapun, seorang lelaki yang mendakwa bekas pekerja syarikat ibunya, Mariyah Holding Sdn. Bhd tampil membuat kenyataan balas.
Dalam video berdurasi dua minit 14 saat itu, lelaki yang dikenali sebagai Shokibq berkata, dialah bekas pekerja yang didakwa ‘menyalak seperti anjing’.
“Eh, kau tengok ke video aku, memang la aku menyalak macam anjing sebab mak engkau, mak engkau tu kan cakap bangsa Melayu tu pemalas, aku tengah malas ni.
“Ini adalah sikit kebun pisang, aku tanam suka-suka ja, aku bangsa pemalas, eh aku nak cerita sikit dekat kau sikit eh, ya aku kerja dengan emak kau tak sampai setahun lebih, aku ex staff mak kau,” katanya.
Dakwanya, dialah individu yang pernah membantu syarikat wanita itu ketika berdepan dengan masalah hampir bankrap.
“Tapi ex staff mak kau yang tolong mak engkau dapatkan hampir 2 juta dekat dalam TikTok sahaja, aku yang buat, mak engkau yang cakap, inilah orang Melayu malas yang mak kau cakap, adalah buat kerja sikit-sikit buat bisnes.
“Masa mak kau nak jatuh miskin, mak kau nak bankrap, inilah orangnya yang tolong buat dekat dalam TikTok, inilah orangnya,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Persatuan Melayu Champa menyifatkan tindakan anak makcik Kemboja itu telah menambah kemarahan rakyat Malaysia terhadap komuniti Kemboja.
Mereka berpandangan selagi tiada tindakan dikenakan terhadap usahawan itu, netizen akan menyalahkan orang Kemboja di sini.
Sumber: TikTok, Harian Metro
Kredit: lobakmerah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.