“Mak sy sndiri pun tak ada kereta..”- Adik dedah prangai & layanan Bell dgn keluarganya..
Air mata seorang adik… Laungan ‘Yak Yak Yeay’ buat Anne sebak, mahu Bell teruskan legasi ‘Ngasri’
PELAKON Datin Anne Ngasri tidak dapat menahan air mata sejak abangnya iaitu pelawak Bell Ngasri memenangi trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) pada 21 Julai lalu.
Anne atau Naszriah Ngasri, 39, berkata, sebagai adik dia dapat merasai penghargaan rakyat negara ini terhadap karier Bell sejak 37 tahun lalu.
Air mata seorang adik… Laungan ‘Yak Yak Yeay’ buat Anne sebak, mahu Bell teruskan legasi ‘Ngasri’
PELAKON Datin Anne Ngasri tidak dapat menahan air mata sejak abangnya iaitu pelawak Bell Ngasri memenangi trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) pada 21 Julai lalu.
Anne atau Naszriah Ngasri, 39, berkata, sebagai adik dia dapat merasai penghargaan rakyat negara ini terhadap karier Bell sejak 37 tahun lalu.
Kata orang, rezeki tidak pernah salah alamat. Jika sampai masanya, pasti apa yang diharapkan jadi kenyataan.
Berpegang kepada prinsip itu, pelakon, pelawak dan pengacara, Bell Ngasri percaya kerja yang dibuat dengan ikhlas, pasti menghadiahkan ganjaran lumayan.
Justeru, apabila namanya tersenarai sebagai finalis kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell menyifatkan pencalonannya itu sebagai sejarah peribadi buatnya.
“Memang saya terkejut. Ini kali pertama nama saya melepasi senarai Top 5 ABPBH selepas sekian lama dimasukkan dalam senarai pencalonan awal.
“Bohonglah kalau cakap saya tidak simpan harapan untuk menang. Selepas tiga dekad berkecimpung dalam dunia seni, tentu saya teringin hendak menang trofi ABPBH yang boleh dijadikan kenangan.
Dapat menang sekali pun saya sudah bersyukur. Tidak perlu hendak menang setiap tahun. Kalau dapat ‘job’ tiap-tiap tahun, itu saya hendak (ketawa),” katanya kepada BH Online.
Mengulas mengenai pencalonannya, Bell atau nama sebenar, Nasrizal Ngasri, 43, mengaku watak Barkoba iaitu lelaki yang malas puasa dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 19 Puasa adalah antara faktor dirinya menjadi sebutan peminat.
“Tidak dapat dinafikan watak itu membawa tuah kepada saya apabila ramai yang suka dan tertunggu-tunggu kemunculannya setiap kali Ramadan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham Mamat Khalid kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membawakan watak yang cukup ikonik itu.
“Harapan saya semoga ada kesinambungan telefilem Puasa 19 kerana saya terima banyak permintaan peminat.
“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua pengarah yang menawarkan peluang saya berlakon dan peminat yang beri sokongan sejak dahulu.
“Kalau bukan kerana mereka, saya tidak berada pada kedudukan hari ini,” kata abang kepada pelakon Darling Ngasri dan Anne Ngasri ini.
Sementara itu, menerusi perkongsian Instagram (IG), bapa kepada tiga cahaya mata ini meluahkan rasa terharu apabila pencalonannya pada ABPBH 35 mendapat sokongan padu rakan industri termasuk rakyat Sabah.
“Saya tidak sangka dapat sokongan sebegini rupa, termasuk dari negeri lain yang bukan tempat asal saya. Kawan-kawan artis yang lebih popular dan hebat berbanding saya, termasuk persatuan turut mengundi saya.
“Malah, ada yang tidak pernah mengundi, berpakat mengundi saya tahun ini. Terima kasih banyak-banyak.
“Saya tetap orang yang sama. Macam orang lain juga,” katanya.
Menerusi hantaran itu, Bell turut menyertakan tangkap layar entri yang dimuat naik peminat dan rakan artis yang menyatakan sokongan mereka terhadap dirinya dalam media sosial.
Untuk kategori Artis Komedi Popular, Bell bersaing dengan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.
Sumber:mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda