“Kenapa Nak ‘Influence’ Orang Perkahwlnan Itu Mnkutkan, Bukan Semua Macam Laki Hang” – Eyra Hazali ‘S0und’ Siapa?
Apabila seseorang itu berjaya mencapai satu fasa dalam hidup mereka, tidak kiralah tamat pengajian, bertunang, bernikah atau menimang cahaya mata pastinya mereka akan dilimpahi dengan ucapan tahniah berserta doa yang baik.
Namun, semakin lama semakin berubah pula perkara itu kerana wujudnya segelintir individu yang ‘bltter’ atau memberi respon yang tidak seronok dibaca dan didengar
Seperti kata pelakon Eyra Hazali di mana dia menegur sesetengah netizen yang gemar memberikan komen negatif terhadap sesuatu perkara di media sosial dan tidak mendoakan yang baik-baik.
Menerusi Twitter, Eyra menyel4r tindakan individu yang gemar memberi komen yang tidak membina atau memberangsangkan berkaitan rumah tangga.
Rasanya tak perlu dah kan komen macam ni? Kenapa nak pengaruh orang (lain) yang perkahwinan itu men4kutkan?
“Kahwin dulu. Sebelum dan selepas kahwin lain, jgn puji melambung”. Rasanya tak perlu dah kan comment macam ni? Kenapa nak influence orang yang marriage ni scary? Its not their fault that your marriage didnt work. Doa je la baik2 ? Manusia pun lain2,bukan semua macam laki hang.🤦🏻♀️
— EH (@EyraHazali21) December 1, 2022
Bukan hanya Eyra tetapi ramai warganet mempunyai pandangan yang sama sepertinya dan rata-rata daripada mereka sempat meluahkan pendapat masing-masing.
Malah, ada yang berkata komen sebegitu sebenarnya bukan hanya diberikan oleh orang luar tetapi juga ahli keluarga sendiri yang beranggapan hanya sekadar mahu ‘mengusik’.
Sementara itu, ada juga yang menceritakan tentang pengalaman diperli oleh ibu saudara sendiri hanya kerana usia perkahwinan yang masih ‘mentah’.
Pada zaman sekarang ini, kita sememangnya sering terbaca komen-komen yang tidak memberangsangkan berkaitan perkahwinan terutamanya dalam kalangan orang muda.
Pasti akan ada segelintir pihak yang memberi komen bernada sinis dan menakutkan sebagai contoh, dalam perkahwinan ini semakin lama semakin kita akan nampak belang pasangan.
Sumber:Beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda