Hiburan

‘Kecoh sangat pasal rating kan, nah…’. Tyzo Dedah Bukti Lepas Bos Suria FM Cakap Tiada Makna Dia Menang ABPBH.

Lepas isu kontrak tak disambung, kecoh pula di media sosial dakwaan segmen kendalian DJ Tyzo dan Sharifah Shahirah menunjukkan penurunan.

Membuktikan dakwaan tak benar, Tyzo tampil menunjukkan bukti yang ditulis tangan di papan putih oleh Pengurus Besar Suria FM sendiri.

Kata Tyzo, bagi tahun 2022 dan 2023, segmen Suria Petang adalah tertinggi sepanjang 4 kali survey berturut-turut.

Bukti tulisan tangan GM sendiri

Bekas penyampai Suria Petang ini menunjukkan bukti segmen kendaliannya paling teratas. Manakala segmen DJ Lin pada malam tercorot.

Rating survey tersebut adalah perbandingan di antara empat segmen utama stesen radio tersebut iaitu segmen pagi, siang, petang dan malam.

Terdahulu, Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG), Datuk Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media pada petang Jumaat, berkata tiada sebab untuk memecat DJ Lin kerana penyampai itu menunjukkan prestasi yang bagus dan mengekalkan rating tertinggi setiap minggu.

Menerusi kenyataan media, khidmat Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris ditamatkan selepas lapan tahun bersama Suria FM.

Pengurus Besar stesen radio berkenaan, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.

Tyzo pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM

Sumber :OhMedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button