Perubahan Fizikal Almy Nadia Jadi Bualan, Ramai Kata Perkara Biasa Lepas Bersalin, “Bukan Tak Nak Kurus Tapi…”

Pelakon Almy Nadia menjadi bualan netizen selepas video terkininya tular dikongsikan di media sosial. Perkongsian video itu meraih perhatian ramai apabila rata-ratanya berasa terkejut melihat perubahan fizikal isteri kepada pelakon Fizz Fairuz ini.
Menerusi video yang dimuat naik itu, Almy Nadia dilihat menaiki sebuah motorsikal dan video tersebut dikongsikan semula oleh peminatnya di Tik Tok. Difahamkan, video itu dirakamkan oleh Fizz Fairuz semasa Almy cuba untuk menunggang motorsikal di kawasan perumahan mereka.
Gelagat comel Almy ini turut membuatkan ramai terhibur melihatnya namun ada juga yang menegur perubahan fizikal pelakon wanita itu. Menurut mereka, Almy kelihatan begitu berbeza sekarang ini jika dibandingkan dengan berat badannya sebelum berkahwin dahulu.
Tidak kurang juga yang meluahkan rasa bimbang dengan peningkatan berat badan pelakon wanita itu yang mungkin boleh memudaratkan kesihatannya. Namun rata-rata netizen menganggap perubahan berat badan adalah perkara biasa dialami mereka yang sudah berkahwin.
Tidak kurang juga yang meluahkan rasa bimbang dengan peningkatan berat badan pelakon wanita itu yang mungkin boleh memudaratkan kesihatannya. Namun rata-rata netizen menganggap perubahan berat badan adalah perkara biasa dialami mereka yang sudah berkahwin.
Apatah lagi untuk kaum wanita yang sudah mempunyai anak, kebiasaannya berat badan mereka akan naik mendadak selepas melahirkan anak. Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen susulan video yang menampakkan perubahan fizikal Almy Nadia ini.
“Sama je kita, dah ada anak badan sihat. Bukan tak nak kurus tapi kurus tak nak kat kita dah.”
“Sayang tu memang lah sayang tapi lelaki ni kadang dia nak tengok yang cantik-cantik je. Ni dah berisi sangat-sangat ni. Jaga lah sikit datin badan…”
“Kita yang perempuan ni pun tengok dia cantik. Tak perlu lah nak cakap dia tak cantik dengan fizikal dia macam tu…”
Sekadar info, Almy Nadia dan Fizz Fairuz mendirikan rumah tangga pada April 2014 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta dan dikurniakan empat cahaya mata. Sebelum ini juga, Almy Nadiapernah ditegur gara-gara perubahan fizikalnya selepas bersalin.
Sumber: syor.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.