Hiburan

Fatin Afeefa baru je buat keputusan berhenti berlakon, tak sangka ini yang terjadi pada instagramnya

TINDAKAN pelakon Fatin Afeefa memadam gambar miliknya di Instagram mencetuskan pertanyaan dan spekulasi dalam kalangan pengikut setianya.

Fatin dilihat hanya meninggalkan tiga hantaran di bahagian feed laman sosial berkenaan yang melibatkan dirinya sebagai duta kepada sebuah produk.

Ramai percaya tindakan pelakon Tentang Bulan itu ada kaitan dengan beberapa kontroversi melanda dirinya bersama bekas suami, Adam Shahz yang hebat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

blank.gif

Kontroversi antara Fatin Afeefa dan Adam Shahz sedang hangat diperkatakan oleh netizen

Ada pula merasakan tindakan itu dibuat ekoran keputusannya meninggalkan bidang seni kerana sudah tidak tahan bertikam lidah dengan bekas suami yang tidak berkesudahan.

Malah di ruang komen gambar terakhir pelakon berkenaan, netizen melahirkan rasa simpati dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Fatin agar terus cekal menghadapi dugaan dan tohmahan.

“Semoga kuat Fatin… bukan mudah untuk galas tanggungjawab sebagai ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak. Tetapi yakinlah kemanisan akan datang nanti.

“Harap awak baik-baik sahaja cantik. Jangan sedih dan jaga diri. Kami sentiasa sokong awak,” komen peminat.

Fatin kuat membesarkan anak-anaknya

Fatin dan Adam bercerai pada 30 Mei 2017 selepas rumah tangga yang dibina selama empat tahun itu musnah.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Sophia yang berusia tujuh tahun.

Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button