Hiburan

“Kami bertegur sahaja…” – Pertemuan di rumah terbuka pulihkan hubungan Wani Kayrie dan Afieq Shazwan, tak mahu kenang kisah lama lebih seronok jadi kawan

PERNAH menjalinkan hubungan cinta suatu ketika dahulu, penyanyi Afieq Shazwan dan Wani Kayrie berkata mereka kini lebih selesa bergelar kawan baik dan tidak mahu lagi menyimpan dendam antara satu sama lain.

Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 25, mendedahkan hubungan mereka kembali pulih selepas menghadiri rumah terbuka rakan artis iaitu Sissy Imann, baru-baru ini.

“Kami bertegur sahaja… okay sahaja duduk sebelah-sebelah. Ukwah sebagai sahabat itu masih ada, jadi apabila berjumpa ini kami dah anggap sebagai kosong-kosong, telus, transparent dah macam tak ada apa-apa. Masih lagi berkawan, tak ada pun nak mengelak.

Afieq dan Wani tak mengelak selepas putus cinta.

“Kalau ada program yang memerlukan kami berdua kerjasama tiada masalah. Untuk pihak saya… saya tak kisah, saya sebagai penyanyi kena profesional. Wani pun sama kot.

“Benda ini pun bermula semasa rumah terbuka Sissy, dia jemput kami ke open house, jadi kami terpaksa berjumpa. Bila berjumpa terpaksa kami bermaafan dan melupakan hal yang lalu. Saya yang meminta maaf terlebih dahulu,” katanya kepada mStar.

Afieq dan Wani berkongsi perkara itu ketika hadir di Rumah Terbuka mStar, Majoriti dan Majoriti 7 di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi Lelaki Di Telefon itu mengakui sudah tidak menyimpan perasaan terhadap Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah malah lebih selesa memegang status sebagai rakan.

Jelasnya, hubungan sebagai rakan lebih seronok berbanding sewaktu mereka bercinta dahulu.

Dia bagaimanapun memilih untuk tidak keluar berdua dengan Wani namun tidak menolak sekiranya ditemani rakan-rakan yang lain.

Saya boleh terima salah Wani, dia pun boleh terima salah saya juga.

AFIEQ SYAZWAN

PENYANYI

“Dah tak ada (perasaan)… kami hanya mengikut apa yang tertulis sebagai kawan, memang tak ada hubungan serius macam dulu. Kami berbaik seperti kawan biasa.

“Saya boleh terima salah Wani, dia pun boleh terima salah saya juga. Berkawan itu lagi seronok rupanya.

“Kalau berkawan ini benda kecil kita ambil mudah sahaja tapi kalau dalam hubungan serius benda kecil pun akan jadi masalah besar,” ujarnya.

Sementara itu, Wani pula memberitahu dia enggan hubungan persahabatannya bersama Afieq terputus hanya kerana kisah cinta tidak kesampaian itu.

Wani anggap hubungan cinta tak menjadi sebagai proses membesar.

Jelas Wani, dia menganggap apa yang telah berlaku sebelum ini sebagai satu proses untuk mereka lebih matang dan dewasa.

“Kami keluar bersama kawan-kawan pun sebab kawan dia adalah kawan saya juga. Saya anggap apa berlaku sebelum ini sebagai proses untuk mematangkan kami.

“Sekarang ini cukup sekadar kawan dulu kerana tak nak kalau kami berhubung semula akan putuskan persahabatan kami. Saya pun dah tak ada menyimpan apa-apa perasaan, kami dah berkenalan dari kecil.

Afieq dan Wani bersedia untuk berkerjasama.

“Kalau personal itu pun atas urusan kerja sahaja, kami pernah bercakap antara satu sama lain… apa pun yang terjadi kita tolak tepi tapi kalau berhubung soal kerja kami akan tetap profesional,” katanya.

Dalam pada itu, Wanie turut memberitahu dia tiada masalah untuk bekerjasama dengan Afieq lagi namun perkara itu haruslah diserahkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu.

“Saya bersedia sahaja cuma kami serahkan kepada pengurusan kami sebabnya kami berlainan pihak pengurusan. Kalau kami menerima arahan daripada bos kami ikutkan saja,” ujarnya.

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button