Hiburan

Masuk Konti Dengan Fesyen Rock Kapak Berseluar Ket4t Corak Zebra, Sekali Sari Yanti Minta Jep ‘Pulangkan’ Balik

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelawak dan penyampai radio popular dengan nama Jep ini. Bakatnya sangat bersahaja dan membuatkan peminat sering terhibur dengan gelagat selebriti yang satu ini.

Selain dari bergelar pelawak, kebolehannya itu turut digunakan sebagai penyampai radio menerusi Sinar.FM bersama rakan-rakan lain. Malah pagi ini penyampai radio tersebut buat hal dengan tampil lain dari kebiasaannya.

Dalam perkongsian terbaharu itu kelihatan jep kononnya jadi penyanyi rock dulu-dulu. Gaya pakaiannyamemang cukup menjadi! Siap dengan seluar dan hiasan di kepala lagi!

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Jep dilihat mengenakan T-shirt band, jaket kulit, headband dan seluar ketat corak zebra yang secara tak langsung kelihatan seperti ‘legging’ wanita ini telah membuatkan ramai terhibur. Malah ada yang bertanya mungkinkah ini kesannya bubur disuap Sari Yanti beberapa hari lalu?

 

Selain dari itu, ramai juga yang teruja melihatkan seluar yang digayakan oleh Jep tersebut. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Jep memang kaki lawak ada je lawak dia buat terbaiklah. Jep serta Shuib memang kaki lawak. Terbaik..”

Terbaru, entri terkini di laman Instagram pelakon, Sari Yanti telah menarik perhatian ramai apabila dia berseloroh meminta suaminya, Jep untuk memulangkan semula seluar yang dipakainya itu.

Menerusi hantaran tersebut, Sari memuat naik foto corak kuda belang yang kelihatan sama dengan corak seluar yang dipakai Jep sambil memasukkan lagu Pulangkan dendangan penyanyi, Misha Omar.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah lucu pasangan suami isteri tersebut.

“Tak cukup dengan bubur, seluar pun dirembat.

“Dah agak dah. Buat hal la Jep ni.

“Pulangkan balik seluar bini tu Jep. Patut lain macam ketat.

“Laki bini ni sekarang lawak eh.

“Lawak la korang. Moga kekal hingga ke akhir hayat.

“Makin menjadi-jadi punchline laki bini ni, antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, cabaran Catwalk Konti telah dimenangi oleh Rahim yang mengenakan suit adiwira Marvel, Thor.

Kesemua mereka telah diadili oleh pelakon , Ramona Zamzam.

Sumber: HCL, MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button