Hiburan

Aman Graseka m0hon bantuan rawat mata anak bengk4k aklbat dijangklti vlrus. Ini keadaan terkini anaknya

Kuala Lumpur: Pelakon Aman Graseka, 54, terpaksa menangguhkan hasrat untuk melakukan acara ‘jejak tanah’ untuk anak lelakinya, Aishyraf Mikail Shah, kini berusia setahun dua bulan yang kurang sihat. Ia berikutan keadaan kesihatan

kanak-kanak itu yang tidak berapa sihat, tapi turut dimasukkan ke hospital akibat demam yang menyebabkan saw4n.

“Sekarang matanya pula ada jangkltan v1rus, baru jadi sejak lima hari lepas. Kami terp4ksa tangguhkan acara ‘jejak tanah’ ini dan mungkin dibuat pada awal Disember nanti.

“Anak saya perlu berpantang tidak boleh kena pasir selagi majlis ini tidak diadakan. Dalam acara itu, dia akan diletakkan di atas pasir dan berjalan atas bunga.

“Keadaan matanya sekarang masuk hari keenam, air pecah dan nampak darah,” katanya kepada Harian Metro.

Aman yang kini menetap di kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah berkata, Aishyraf Mikail perlu dibawa berjumpa pakar kanak-kanak untuk dikenal pasti keadaan sebenar virus di matanya.

“Saya perlukan bantuan nasihat pakar mata untuk anak saya. Malah, saya amat menghargainya jika ada. Sewaktu demam Aishyraf Mikail dimasukkan ke sebuah hospital dan menerima rawatan selama tujuh hari sebelum dibenarkan keluar.

“Saya cuma tak bawa jumpa pakar mata lagi. Lepas kami sambut ulang tahun kelahirannya, dia masuk hospital sebab demam. Selepas itu kena saklt mata pula dan kerap gosok mata.

“Saya sekarang baru lagi bekerja hantar parcel. Mana tahu kalau-kalau jangkltan kuman bermula dari situ pun boleh jadi juga,” katanya.

Mengulas berkenaan kariernya, Aman sekarang menetapkan syarat enggan bersentuhan dengan muhrim dalam lakonan.

“Begitu juga dalam bab bekerja dengan jurusolek artis perempuan dan kru perempuan. Itu yang agak susah orang nak panggil berlakon.

“Kali terakhir saya berlakon pula pada Julai lalu filem Hantu Kum Kum untuk Astro First dan penggambaran di Perlis,” katanya.

Aman mengakui menetapkan syarat untuk tidak bersentuhan bukan muhrim membawa kesan terhadap kariernya.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi saya dah tetapkan syarat ini. Saya tahu kesannya tapi saya percaya rezeki datang dari Allah.

“Tawaran itu ada, tapi syarat saya buat produksi berat nak terima walaupun untuk beri watak bapa

“Apapun jangan kita mengeluh dan salahkan sesiapa. Rezeki Tuhan dah tetapkan. Kita usaha sahaja,” katanya.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Nurul Amrina Zamri, 33, dia turut mempunyai anak lelaki, Aishymir Mateen, kini berusia tiga tahun.

Sumber: HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button