Hiburan

Babak Terlebih Mesra Amar Baharin Digigit Anna Jobling Buat Netizen Kurang Senang

Drama bersiri Melayu yang menceritakan tentang kisah cinta klise pasti akan menerima kritikan daripada netizen terutamanya jika ia tidak logik atau realistik.

Lebih membuatkan sesetengah penonton rasa muak jika drama itu mempunyai babak ‘sweet’ antara pasangan dan terselit unsur ‘double meaning’ yang memberi maksud hubungan suami isteri.

Terbaru, babak mesra antara pelakon Amar Baharin dan Anna Jobling menerusi drama Terima Kasih Cinta mendapat kritikan segelintir netizen.

Berdasarkan babak itu, Amar bergurau dengan Anna yang merupakan isterinya di dalam drama tersebut serta sedang mengusiknya untuk ‘bersama’.

Namun, tindakan Anna menggigit dan menyentuh lengan Amar menimbulkan rasa kurang senang segelintir penonton yang turut mengaitkan nama Amyra Rosli.

Namun, tindakan Anna menggigit dan menyentuh lengan Amar menimbulkan rasa kurang senang segelintir penonton yang turut mengaitkan nama Amyra Rosli.

Amyra Rosli adalah antara pelakon yang sinonim dengan watak isteri yang baik dan lemah lembut namun dia dilihat menjaga batasnya ketika berlakon.

Disebabkan itu, ada netizen mempersoal mengapa Amar tidak berbuat perkara yang sama seperti isterinya iaitu tidak bersentuhan dengan pelakon lain di dalam drama.

Bukan itu sahaja, ada beberapa individu turut mempersoal sama ada adegan ‘manja’ seperti babak di atas ini perlu dalam sesebuah drama.

Bagi sesetengah penonton drama Melayu, mereka berpendapat adegan sebegitu tidak perlu mungkin kerana penonton terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuklah remaja.

Jadi ia dianggap tidak bersesuai ditonton oleh golongan bawah umur apatah lagi jika adegan bersentuhan, berpelukan atau hubungan mesra pasangan di dalam drama.

kredit:beutifulnara/limauaaamboi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button