Baru Je Nak Rasa Bebas Keluar Penjar4, Wanita Yg H1na Islam Ditahan Semula DiluarMahkamah
Wanita tular yang didakwa menghi.na Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas dibebaskan hari ini.
Siti Nuramira ditahan penguat kuasa JAWI selepas menandatangani Borang Jamin dengan ditemani peguamnya, Ramesh Chandran di Kaunter Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi ini.
Mengikut prosedur, wanita itu akan ditahan oleh JAWI selama 24 jam sebelum dijangka dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah esok untuk dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesala.han Jen.ayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesala.han Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.
Seksyen itu membabitkan kesalahan menghi.na atau menyebabkan agama Islam dipandang hi.na yang mana jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Semalam, Nuramira dan teman lelakinya, V Alexander Navin membayar wang jaminan masing-masing berjumlah RM20,000 melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai.
Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 298A Kanun Kese.ksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali, yang membenarkan Siti Nuramira, 26, diikat jamin RM20,000 oleh seorang penjamin, memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulas mengenai kes itu.
Pada hari sama, Navin, 38, mengaku tidak bersa.lah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan mengh.ina di media sosial.
Bagi pertuduhan pertama, Navin didakwa berkongsi di akaun Instagramnya pada 5 Jun dengan niat untuk menghina orang lain.
Sementara bagi pertuduhan kedua, dia didakwa berkongsi kandungan melalui akaun YouTubenya pada 16 Jun dengan niat untuk menghi.na orang lain.
Sumber : BHARIAN ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.