Hiburan

Jadi Pendiam Selepas Kontr0versi… “Kami Nasihatnya Supaya Tidak Baca, Tutup Ruangan Komen,” – Sahabat Ruhainies

DUA sahabat baik kepada pelakon Ruhainies yang dikenali sebagai Zahar dan Fyzal memberitahu aktres berkenaan lebih banyak berdiam susulan kontroversi ditangkap khalwat bersama aktor Aliff Aziz.

Kata Zahar atau Ahmad Zahar, mereka juga ada menasihati Ruhainies agar tidak membaca komen di media sosial.

“Keadaan dia baik-baik sahaja dia masih bekerja seperti biasa tetapi dia kini lebih banyak berdiam.

Zahar dan Fyzal (kanan) yakin Ruhainies tidak lakukan aktiviti tak senonoh.

“Kami sebagai rakan juga menasihati dia tidak membaca dan menutup ruangan komen di sosial media. Bagaimanapun dia tahu perkembangan berlaku.

“Di pihak kami, memang sedikit tertekan membaca komen-komen kecaman di media sosial,” katanya.

Bagi Zahar juga dia yakin Ruhainies tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak senonoh sebegitu.

Menyifat pelakon itu sebagai seorang yang lemah-lembut, kedua-dua mereka terkejut menerima perkhabaran Ruhainies ditangkap khalwat.

“Kami dapat tahu pada sebelah siang hari Sabtu. Kami juga terkejut. Kami tidak mahu komen tentang kejadian itu kerana tiada di lokasi.

“Tak mungkin Ruhainies berbuat begitu. Dia seorang yang baik, sopan-santun dan lemah-lembut. Dia bukan jenis begitu seperti yang dikatakan,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi sahabat iaitu Fyzal menegaskan dia dan Zahar bukan pembantu peribadi Ruhainies yang dikatakan berada bersama di malam kejadian.

Sebaliknya ada seorang lagi individu yang sepatutnya menemani Ruhainies ketika itu

Kelibat Ruhainies dan Aliff terakam di CCTV kondominium mewah.

“Saya dan Zahar tiada di tempat kejadian. Ada orang lain yang bersama dia malam itu.,” jelasnya.

Pada 8 Mac lalu Ruhainies ditahan bersama Aliff oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) atas dakwaan khalwat.

Kedua-dua mereka kemudian tampil memohon maaf namun menafikan segala dakwaan yang dibuat.

Mereka dijangka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Kredit:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button