Hiburan

Aliff Aziz anggap tegvran Allah susulan tular vldeo kelabmalam… Rakan artis Shahidan Izwan ded4h cerita sebenar!

SUSULAN penularan video memperlihatkan penyanyi Aliff Aziz sedang berhibur di sebuah kelab malam, rakan artis yang juga pelakon Shahidan Izwan tampil mempertahankan sahabatnya itu.

Menjelaskan situasi sebenar, Izwan atau Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali, 26, berkata video berdurasi seminit itu dirakam semasa mereka sedang menjalani penggambaran sebuah drama, baru-baru ini.

“Kami ada penggambaran untuk drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang bakal bersiaran pada 27 Januari nanti. Kawasan penggambaran itu bukan seperti yang dikatakan (kelab malam)… ia di Setapak dan masa penggambaran juga sekitar pukul 8 malam hingga 4 pagi.

Aliff Aziz dan Shahidan Izwan berlakon bersama.

“Saya juga tidak pasti ini untuk marketing drama atau bukan!” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Sebelum itu, Izwan menerusi Instastory memaklumkan penyebaran video Aliff itu adalah palsu dan tidak benar.

“Tak fasal-fasal member kena fltnah,” katanya.

Ditanya siapakan wanita dalam video tersebut, Izwan memberitahu individu itu bukanlah heroin drama berkenaan sebaliknya hanyalah pelakon tambahan.

Malah, semasa rakaman tersebut kecoh di media sosial, dia turut bersama aktor berkenaan dan melihat sendiri reaksi Aliff.

“Semalam saya ada dengan dia… dia kata ini semua ujian dan teguran daripada Allah atas kesilapan yang pernah dia lakukan sebelum-sebelum ini. Dia okay tiada masalah cuma nampak macam stres sikit. Dia pun mempersoalkan kenapa orang ambil video dia macam itu,” katanya lagi.

Kami juga pelik lihat orang rakam video macam itu, macam dibuat-buat dan disengajakan.

SHAHIDAN IZWAN

PELAKON

Dalam pada itu, Izwan tidak menolak individu yang menyebarkan video berkenaan berniat jahat dan mahu menjatuhkan reputasi suami kepada pelakon Bella Astillah itu.

Mengenali Aliff secara peribadi, Izwan berkata rakannya itu memiliki hati yang baik dan sering memberikan nasihat berguna kepada sahabat.

“Apa yang saya lihat pada video itu… ia bagai terkejar-kejar nak jatuhkan seseorang dengan cara merakam video secara sorok-sorok. Kami juga pelik lihat orang rakam video macam itu, macam dibuat-buat dan disengajakan.

Tular video Aliff Aziz bersama wanita dan di kelab malam.

“Aliff yang saya kenal adalah orang yang baik, dalam drama ini saya sebagai kawan baik dia. Aliff yang sekarang ini berbeza dengan yang dulu. Dekat set penggambaran dia selalu nasihatkan saya untuk rendahkan diri dan sentiasa ingat Allah SWT,” tambahnya lagi.

Pada malam Ahad, mStar menerima rakaman seorang lelaki mirip Aliff bersama wanita dipercayai berada di dalam sebuah kelab malam.

Menerusi informasi yang diterima, rakaman tersebut dirakamkan di kelab malam terkenal di ibu negara sekitar pukul 5 pagi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button