Hiburan

Isteri Shuib dedah 6 kali buat pembedahan hidung, tak tahan kena ejek ‘Fati Bawang’ sejak sekolah

ISTERI kepada pelawak Shuib secara terbuka mendedahkan dia pernah melakukan pembedahan pada bahagian hidung sebanyak enam kali.

Bukan hanya kerana masalah sinus yang teruk, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, menjelaskan prosedur itu dilakukan kerana tidak tahan dikec4m banyak pihak tentang bentuk hidungnya.

“Hidung yang sekarang ini adalah yang keenam (selepas pembedahan). Salah satu sebab saya buat pembedahan adalah kerana sinus teruk. Hidung memang selalu tersumbat.

Watie berkongsi pengalaman kena buli.

“Untuk pengetahuan semua hidung ini adalah palsu. Sejak lahir memang tidak ada batang hidung, penyek betul.

“Masuk sekolah menengah teruk kena ejak sampai tahap saya berazam habis sekolah nak kerja cari duit dan buat hidung,” katanya.

Watie berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu dalam episod pertama Dol’s Podcast yang menampilkan Shuib, Shuk Sahar dan Fizie sebagai pengacara.

Bercakap lanjut tentang fizikalnya itu, Watie memberitahu dia tidak terlepas daripada melalui fasa di buli ketika zaman persekolahan termasuk di media sosial.

Lebih teruk lagi ada yang menggambarkan hidungnya itu seperti khinzir.

“Dulu saya tidak tahu makna kemurungan… Saya sedar bila rasa sendiri tak keluar bilik sebab kena ejek. Rasa down. Bila saya kongsi gambar di media sosial orang komen fasal hidung sehingga ada panggil macam babi.

Shuib harap Watie tidak lagi melakukan sebarang pembedahan kecantikan.

“Itu juga antara punca saya buat pembedahan hidung sehingga pernah terkena jangkitan (selepas pembedahan),” ujarnya.

Dalam masa sama, dia juga memberitahu pernah mendapat jolokan nama Fati Bawang disebabkan bentuk fizikal hidungnya.

Dalam temu bual tersebut, Shuib juga berharap isterinya itu tidak lagi melakukan sebarang pembedahan dan memuji kecantikan Watie kini.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button