Hiburan

“Isteri dia yang tak bagi shooting” – Didakwa Hidup Susah, Ellie Suriaty ‘Spill Tea’ Pasal Aman Graseka

Nama pelakon Aman Graseka menjadi sebutan dalam kalangan artis kerana dikatakan sudah tidak ada tawaran berlakon lagi dan dikhabarkan pelakon 7 Hari Mencintaiku ini sekarang sedang hidup susah.

Pada mulanya, perkara itu didedahkan oleh pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menerusi Instagram miliknya yang sudah menyalurkan bantuan kepada Aman Graseka.

Dalam pendedahan itu, dikatakan Aman Graseka ada meminta bantuan dalam kalangan kawan-kawan artis selama ini.

Oleh sebab itu, Sharifah Shahirah berharap agar segala sumbangan yang telah diperoleh ini dapat membantu Aman Graseka untuk membuka perniagaan yang sekaligus membantu dirinya sekeluarga untuk menyara hidup.

Sumbangan tersebut diraih selepas Sharifah Shahirah ada muat naik satu gambar mesej WhatsApp yang meminta dirinya untuk memberikan bantuan, mesej tersebut dipercayai daripada Aman Graseka sendiri.

Memandangkan kisah mengenai Aman Graseka ini mendapat liputan media, pelakon Ellie Suriaty Omar ada tampil memberikan keterangan menerusi ruangan komen dari sebuah portal tempatan berkenaan dengan kes ini.

Ellie Suriaty mendakwa bahawa kegiatan meminta bantuan daripada rakan artis ini dilakukan isteri Aman Graseka. Jelasnya, dia pernah cuba hubungi Aman, tetapi dikatakan isterinya itu banyak berdalih seperti tidak membenarkan orang bercakap dengan suaminya itu.

Dedah Ellie lagi, bukan sahaja dia, rakan artis yang lain juga turut lalui perkara yang sama, hanya cuma minta berikan wang.

Dakwa Ellie lagi, isterinya itu telah melarang Aman untuk berlakon sedangkan tawaran yang diberikan kepada Aman agak banyak. Malah, isterinya itu dikatakan telah menyuruh Aman untuk melakukan sebagai kerja penghantar barang.

Ellie tidak menafikan bahawa Aman seorang pelakon yang bagus dan seorang yang mudah untuk berurusan, malah Aman juga dikatakan seorang yang profesional.  Jadi, Ellie menasihatkan isteri Aman untuk tidak perlu rasa ‘cuak’ untuk membiarkan suaminya itu berlakon demi mencari rezeki.

Mudah-mudahan isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera dan urusan Aman Graseka semuanya dipermudahkan.

Sumber : Instagram

Kredit: Lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button