Ini Kata-Kata Anak Shuib Buat Ayahnya Dan Ibu Baru Sebaik Sah Bergelar Suami Isteri Buat Ramai Tersentuh
SHAH ALAM – Bukan hanya air mata pengantin perempuan saja menitis sebaik Shuib sah bergelar suami kepada Watie, anak perempuan pelawak dan penyampai radio itu, Dzahira Talita Zahra turut menangis sebak.
Anak kedua daripada empat bersaudara itu mengakui ibu tirinya, Watie atau nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah seorang wanita yang baik dan pandai simpan rahsia.
Malah Watie yang dipanggil ‘mommy’ itu dianggap sebagai geng ‘sekepala’ apabila selalu memenuhi permintaannya menemani keluar makan atau bermain.
“Mommy sangat baik, selalu main dengan saya dan lagi satu dia lawak (mudah terhibur), suka ketawa,” katanya ketika ditanya tentang peribadi ahli perniagaan itu.
Anak gadis itu juga tidak menolak andai bapa dan ibu tirinya dikurniakan cahaya mata dalam waktu terdekat. Malah, dia bersedia membantu menjaga bakal adiknya.
“Saya suka kalau dapat adik lagi. Kalau boleh ingin dua adik lelaki, sebab saya mahu jadi satu-satunya ‘princess’ (puteri),” tambah anak tunggal perempuan itu lagi.
Pada masa sama, Dzahira Talita turut menyatakan Watie hebat di dapur. Ujar Talita, dia menyukai ayam masak kicap air tangan ibu tirinya itu.
Malam tadi tepat jam 8.48, Shuib, 38, selamat bergelar suami kepada Watie.
Mereka dinikahkan abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah dengan disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali.
Selain Dzahira Talita, rumah tangga Shuib dan bekas isteri, Allahyarham Siti Sarah diserikan Uwais Alqarni, 11, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Sumber : KOSMO! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda