Aliff Syukri Semeja Dengan TokTi, Shahida; “Yang Sebelah Saya Penyanyi Nombor 1 Juga, Tapi Dari Belakang.”
Usahawan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi momen ketika dia dapat mengisi masa menjamu selera dengan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Sambil berkongsi momen lucu di Instgram, Shahida yang turut ditemani suami, Datuk Seri Aliff Syukri berada Singapura bagi memeriah program Malaysia Fest 2020 yang berlangsung pada 25 hingga 28 Ogos depan.
“Bertuah la hari ni dapat makan semeja dengan penyanyi nombor 1 Malaysia Dato @ctdk. Yang sebelah saya satu lagi tu @aliffsyukriterlajaklaris penyanyi nombor 1 juga, tapi dari belakang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Komen netizen:
Shahida pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada rakan artis, Roslan Shah yang banyak membantu sepanjang keberadaan mereka di Singapura.
Selain Siti dan pasangan usahawan itu, beberapa rakan selebriti lain turut dilihat sama-sama berniaga di acara berkenaan.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 17,000 tanda suka di kalangan peminat.
Semua lagu trending, Aliff Syukri ‘confident’ diri penyanyi nombor satu…
USAHAWAN kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri melabelkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu negara memandangkan setiap lagu yang pernah dikeluarkan berjaya mendapat kedudukan nombor satu dalam carta trending di YouTube.
Aliff berkata, meskipun sering menjadi sasaran kebencian dan kecaman netizen, namun angka di YouTube tidak dapat ditipu malah lagu terbaharunya Baby Sayang trending dalam tempoh beberapa jam ia dilancarkan.
“Semua lagu saya trending di YouTube. Semuanya nombor satu tanpa saya perlu bayar kepada pihak YouTube. Sebab itu saya berani kata saya penyanyi nombor satu.
“Kalau ada yang kata saya buat marketing, lihat sendiri video muzik saya. Tidak ada satu pun saya buat product placement di situ,” katanya kepada mStar.
Aliff ditemui dalam satu sesi bersama media yang berlangsung di Kota Damansara pada petang Khamis.
Lagu duet terbaharu Aliff dan Baby Shima kini trending di YouTube.
Minggu lalu, Aliff menerima kecaman hebat netizen selepas dia memuat naik video teaser lagu tersebut yang memperlihatkan aksi gelek bersama penyanyi Baby Shima.
Terkesan dengan semua kritikan, Aliff kemudiannya membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada menggunakan media sosial dan bertindak memadam semua perkongsian di Instagram.
Bagaimanapun seperti dijangka, Aliff kembali aktif di media sosial selepas empat hari ‘bersara’ bagi mempromosikan lagu tersebut dengan memuat naik video teaser dia menari dengan sebatang mop.
Dalam pada itu, Aliff menegaskan tujuan dia tampil dengan lagu Baby Sayang bukan untuk mencipta kontroversi tetapi sekadar hobi dan menggembirakan hati peminat.
Tidak hanya itu, Aliff berkata dia turut yakin dengan bakat nyanyiannya malah mendedahkan pernah menerima tawaran untuk merakamkan lagu daripada beberapa syarikat rakaman.
Kenapalah orang tidak boleh terima saya sebagai seorang artis.
DATUK SERI ALIFF SYUKRI
USAHAWAN
“Saya tahu saya ada bakat sehinggakan pernah menerima tawaran untuk merakamkan lagu daripada beberapa syarikat rakaman namun saya bukan nak jadi penyanyi.
“Lagu-lagu yang saya buat sebelum ini pun hanya hobi sahaja,” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.