Hiburan

“Ikut Bajet Sendiri Dan Kesuaian” – Tidak Menggunakan Khidmat Pereka Hiasan Dalaman, Lan Solo & Isteri Deko Rumah Mengikut Citarasa Sendiri

Menerusi episod kedua Ilham Impiana Inspirasi Selebriti kali ini secara eksklusif kami persembahkan ‘House Tour’ di kediaman milik penyanyi popular Lan Solo. 

Ketika sesi temu ramah bersama Lan atau nama sebenarnya  Muhammad Razlan Mohamed Yusof dan isteri, pasangan ini telah memaklumkan mahligai indah ini dibina hasil titik peluh daripada wang simpanan yang sudah lebih 13 tahun menabung. 

Dalam pada itu, pasangan ini juga memberitahu proses pembinaan kediaman baharu mereka ini telah memakan tempoh masa selama lima tahun untuk siap sepenuhnya sehingga boleh didiami.

Apabila diajukan soalan mengenai pemilihan konsep serta tema rekaan hiasan dalaman rumah oleh hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Lan dan juga isteri memaklumkan bahawa mereka tidak memiliki sebarang konsep mahupun tema rekaan hiasan dalaman rumah. 

Katanya lagi, kesemua idea konsep dan pemilihan perabot hiasan dalaman rumah adalah seratus peratus mengikut selera dan citarasa yang tersendiri. Malah, pasangan ini juga tidak menggunakan atau mendapatkan khidmat nasihat pakar rekaan hiasan dalaman rumah bagi kediaman terbaharu mereka ini.

Lihatlah hasilnya seperti yang tertera pada gambar di bawah sememangnya amat menakjubkan dan ternyata kediaman yang direka dengan dekorasi hiasan dalaman mengikut citarasa sendiri ini juga boleh membuatkan ruang dalaman rumah tampak cantik serta indah kan?

Nak tahu apa lagi cerita yang menarik mengenai kediaman Lan Solo? Sila saksikan episod penuh di laman rasmi YouTube ImpianaTV menerusi pautan video di bawah; 

 

Fakta Menarik Tentang Lan Solo

  • Pernah dikenali sebagai Lan Kristal sebelum menukar nama komersial kepada ‘Lan Solo’ sewaktu penyertaan di GV4.
  • Kembali menempa populariti selepas berjaya memenangi tempat ketiga di GV4 pada 2017.
  • Ketika sedang berentap di GV4, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan Kristal yang disertainya sejak 1999, sebelum menerajui Kristal X yang membariskan tiga anggota asal Kristal iaitu Lan, Ainul dan Ezal, termasuk seorang anggota jemputan, Napi selaku pemain gitar.
  • Melibatkan diri dalam dunia perniagaan sejak 2019 menerusi jenama kedai, Solo Borneo Mart yang menjual bekalan barangan kering dan basah dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei.
  • Sebelumnya, Lan juga pernah terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan termasuk mempunyai butik pakaian sendiri yang bagaimanapun menamatkan operasi selepas tiga tahun.
  • Beliau kini memegang peranan sebagai ‘Idol’ dalam rancangan realiti Vokal Mania (2020) siaran TV3.
  • Baru-baru ini namanya terpalit dengan kontroversi gara-gara berpelukan dengan penyanyi Zetty Rashid di pentas Vokal Mania. Beliau kemudian menjelaskan bahawa Zetty adalah adiknya, namun enggan berbicara lanjut mengenai hubungan kekeluargaan mereka kerana menganggap ianya perihal privasi.

 

Sumber: Impiana , Iluminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button