Hiburan

Filem ded4h aurat masih boleh dit0nt0n kepada umum…Ini respon dan harapan Lisa Surihani

 

PENAMPILAN pelakon Datin Lisa Surihani sering menerima pujian ramai lebih-lebih lagi selepas dia memilih jalan penghijrahan sebagai seorang muslimah.

Meskipun sudah berhijrah, Lisa, 36, mengakui bahawa dia tidak mampu mengawal tayangan filem-filem lama lakonannya sebelum menutup aurat yang masih dipertontonkan kepada masyarakat.

Dalam hal ini, Lisa berkata dia hanya mampu berdoa agar penghijrahannya menjadi insan lebih baik dipermudahkan.

Lisa harap penghijrahan dipermudahkan.

“Saya hanya mampu berdoa sebab sesetengah benda bukan dalam kawalan saya. Ada benda yang saya sendiri tak boleh buat apa-apa.

“Saya sendiri belum arif tentang itu dan belum lagi bertanya ustaz atau pakar agama tentang perkara itu.

“Saya berdoa agar jalan saya dipermudahkan dan berharap perkara itu (filem) akan hilang sendiri nanti,” katanya.

Lisa berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media program Next To Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Lisa juga menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa dirinya sudah berhenti berlakon selepas berhijrah.

Berkongsi perkembangan terkini, Lisa memberitahu dia kini sedang menjalani penggambaran sebuah projek lakonan dan turut mempertimbangkan beberapa tawaran lain.

Saya hanya mampu berdoa sebab setengah benda bukan dalam kawalan saya.

LISA SURIHANI

PELAKON

“Nak kata saya sudah berhenti berlakon tidak juga sebab saya sedang menjayakan sebuah penggambaran melakonkan watak cameo (pelakon undangan).

“Ada juga beberapa tawaran masih dalam pertimbangan. InsyaAllah jika ada watak yang bersesuaian saya terima,” katanya.

Lisa turut meluahkan rasa syukur apabila suaminya iaitu Datuk Yusry Abdul Halim tidak meletakkan syarat untuknya berlakon.

Sebaliknya pengarah terkenal itu meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk meneruskan karier seni.

“Alhamdulillah, suami hormat dan percaya saya boleh buat keputusan bersama dengan pihak pengurusan.

“Tapi apa-apa pun saya akan berbincang juga dengan dia sebagai suami dan isteri,” ujarnya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button