Uncategorized

Fatin Afeefa tak bagi sentvh, suami ‘ungklt’ bayar mahal nak kahwin… Elak Dipegang Suami, Tindakan Fatin Afeefa Jaga Wuduk Dipuji

BELUM cukup sebulan mendirikan rumah tangga, gelagat pasangan pengantin baharu iaitu Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang terus mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, Aliff secara bergurau memberitahu sudah berhabis duit yang banyak untuk menghalalkan buat hatinya itu namun Fatin atau Nur Afifah Shamsudin, 29, melarang suami menyentuh dirinya.

“Kenapa awal lari? Saya bayar mahal-mahal nak kahwin dengan awak, saya nak pegang awak sahaja,” kata Aliff.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi Tiktok miliknya yang turut memaparkan Fatin cuba mengelak daripada bersentuhan dengan suaminya sendiri ketika berada di sebuah kedai makan.

Fatin Afeefa tak nak bersentuhan dengan suami.

Bagaimanapun, Fatin bukan sengaja mengelak daripada bersentuhan dengan Aliff tetapi memberitahu sedang menjaga wuduk dan bimbang ia terbatal.

“Sayang janganlah, saya ada wuduk ni,” kata Fatin.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum melihat cara Fatin menjaga wuduknya selain menegur Aliff agar tidak mengungkit tentang bayaran mahal untuk berkahwin dengan pelakon itu.

“Ya Allah jaga wuduk, limited edition betul Fatin Afeefa ini. Selalu nampak isteri yang kacau suami tetapi ini terbalik pula. Solekan mahal sebab itu dia tak bagi sentuh. Semua perempuan mesti pernah rasa.

“Janganlah kata macam itu, bayar mahal-mahal sebab nak kahwin. Kesian Fatin,” antara komen netizen.

Fatin Afeefa kongsi gambar mesra lepas nikah.

Untuk rekod, Fatin dan Aliff sah bergelar suami isteri pada 30 Disember 2022 lalu.

Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Spohia, 7 tahun.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10 tahun.

Video:

@aliff_awang

Sayang ? I nak pegang je. Bukan pukul !! Kalau you tak bagi I pegang, I nak buat apa? Takkan I nak pegang phone je huhu. Bosan tau pegang phone asyik withdraw je kerja. I nak pegang you nak rasa kemenangan ! Eh kalau korang semua ada masalah macamni, cuba TEKAN LINK KAT BIO ! Maybe bila kau berduit, isteri takmau pegang ? tak percaya? Kau buat dulu duit dengan aku !

? Nan Ko Paham – Kkz D BLG

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button