Uncategorized

“Ganjaran akan diberi” – Bawa lari barang kemas RM300,000, kakak Aliff Syukri minta kesan pembantu rumah…

KAKAK kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noor Hayati Kamarzaman menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menjejaki pembantu rumah ibu mentuanya yang telah melarikan diri, baru-baru ini.

Kata Noor Hayati, suspek yang dikenali sebagai Citra turut membawa lari barang kemas milik ibu mentuanya.

“Sesiapa yang ada terjumpa suspek di gambar, bernama Citra. Sila hubungi saya. Ganjaran akan diberikan. Suspek mer0mpak dan melarikan barang kemas. Suspek ialah pembantu rumah ibu mentua saya,” katanya.

Pembantu rumah kakak Aliff Syukri bawa lari barang kemas.

Hayati berkongsi perkara itu berserta foto wanita berkenaan menerusi akuan Instagram miliknya pada Khamis.

Sementara itu, ibu kepada Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Bonda memberitahu susp3k telah membawa lari barang kemas hampir RM300,000 dari rumah besannya itu.

“Pembantu rumah yang jadi per0mpak terhormat. Disayangi ini balasannya, melarikan hampir RM300,000 ribu barang kemas besan saya.

“Bonda mohon bantuan pada semua pengikut untuk sebar-sebarkan,” katanya.

Tambah Rozita, pembantu rumah tersebut telah berkerja selama tiga tahun bersama besannya, malah anaknya juga melayani suspek dengan baik.

“Yati sangat baik menjaga pembantu rumah, tiga tahun berkerja menjaga mak mentua Yati. Tergamak betul mencvri. Sahabat followers jika nampak atau dapat info, bantu kami ya selain pihak polis menjejakinya,” katanya lagi.

Mohon maaf ya, tak semua pembantu rumah jah4t. Jangan burukkan bangsa Indonesia.

BONDA ROZITA

USAHAWAN

Pun begitu, Bonda menjelaskan bahawa tidak semua pembantu rumah warga Indonesia itu berperangai sedemikian malah semuanya bergantung kepada diri individu tersebut.

“Mohon maaf ya, tak semua pembantu rumah jah4t. Jangan burukkan bangsa Indonesia, salah di sisi Islam. Yang jah4t ini ikut orang juga, tak semua begitu ada ramai lagi yang baik. Yang berd0sa dia, kita jangan tambah d0sa kepada orang lain yang tidak berd0sa,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap agar wanita berkenaan segera ditahan.

Kerugian barang dianggarkan RM300,000.

Malah, ada juga yang memaklumkan pernah melihat susp3k di sekitar Putrajaya beberapa hari lalu.

“Tiga hari lepas dia dekat Putrajaya, bangsa dia orang ini tidak boleh buat baik sangat.

“RM300,000 bukannya sikit harap dapat susp3k cepat tert4ngkap. Dah banyak kali kes macam ini berlaku. Dia orang ini, dah bagi layanan baik… gaji sedap pun masih lagi nak mencvri,” antara komen netizen.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button