Eyra Hazali tunjuk wajah hero ketiga, beri nama Muhammad Hud Ezqandar
LIMA hari selepas menimang cahaya mata, pelakon Eyra Hazali akhirnya mengumumkan nama putera ketiganya itu.
Eyra atau Hazira Qasdina Hazali, 25, dan suami iaitu Haziq Nadzli memilih nama Muhammad Hud Ezqandar buat anak ketiganya itu.
“Assalamualaikum Muhammad Hud Ezqandar.
Eyra berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
“Seorang lagi keeper mama dan papa lahir pada 26 September 2024,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa.
Berserta kapsyen tersebut, Eyra memuat naik beberapa keping foto keluarga memaparkan wajah bayinya yang baru dilahirkan itu.
Dalam pada itu, Eyra turut meluahkan penghargaan atas doa dan ucapan daripada pengikutnya.
“Terima kasih banyak-banyak semua atas doa-doa baik kalian buat kami,” ujarnya.
Pada 26 September lalu, Eyra selamat melahirkan anak ketiganya di sebuah pusat perubatan.
Untuk rekod, Eyra dan mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim pada 1 November 2019.
Selain bayi yang baru dilahirkan, mereka turut dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 4, dan Muhammad Endra Haqimie, 2 tahun.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda