Hiburan

Dulu Dihlna Tidak Cantik Dan Tidak Sesuai Buat Hafidz Roshdi, Kini Netizen Bangga Shu Lebih Berseri Tanpa Suami

“Sapa yang kata dulu Syu tak cantik? Cantik apa…moga murah lagi rezeki lepasni…suka tengok syu sekarang”- tegas netizen

Mudah sungguh kata-kata hinaan yang hendak dilemparkan kepada seseorang, kalau bukan dikutuk soal badan sudah pasti wajah pula yang dicacinya.

Hanya kerana rupa paras seseorang itu dilabel sebagai tidak cantik bagi seseorang yang mempunyai “mata lalat” maka berseloroh sahaja hlnaan dilemparkan kepada individu terbabit.

Apa takrifan cantik yang sebenar? Sukar untuk memberikan takrifan khusus mengenai kecantikan kerana setiap orang mempunyai kecantikan tersendiri.

Walaupun secara umumnya ramai menjadikan ciri kulit cerah, mulus, bertubuh langsing, tinggi lampai dan bermuka comel sebagai antara takrifan utama kecantikan.

Apa yang membuatkan seseorang wanita itu cantik sebenarnya adalah keyakinan terhadap diri sendiri, kesungguhannya, sikapnya yang merendah diri dan bersopan santun, bijak berbicara dan mempunyai pengetahuan luas mengenai hal semasa yang berkaitan banyak perkara, bukannya terhad kepada kecantikan, fesyen mahupun hiburan semata-mata.

Sesungguhnya, kecantikan itu adalah subjektif!

Mengupas isu ini, suatu ketika dahulu nama isteri pelakon, Hafidz Roshdi  iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri pernah dihina dan dicaci netizen kerana tidak cantik dan kurang sesuai buat Hafidz.

VIA Google

Malah, pelakon terbabit pernah menemplak individu-individu yang sesuka hati menghina wajah isterinya.

Namun kini, kemelut rumah tangga Hafidz dan isteri pula menjadi perbahasan ramai apatah lagi pelakon itu telah berlaku curang sehingga didakwa menumbuk isterinya itu.

Menurut sumber Harian Metro, Hafidz dilaporkan membuat permohonan pengesahan lafaz cerai selepas didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada dengan talak satu di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Namun Hafidz juga dikatakan telah memohon mahkamah untuk meneliti setiap dakwaan berlakunya lafaz cerai dari segi rukun dan syarat.

VIA Google

Terkini, tular sebuah video di laman TikTok yang dikongsi oleh pemilik akaun, @adibaidilll mempamerkan wajah berseri Nurul Shuhada setelah disolek oleh jurumekap meskipun luka di wajahnya masih belum pudar hasil tumbukan Hafidz.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji wajah ayu Shuhada sehingga ada yang menyoal kembali kepada individu-individu yang pernah menghina kecantikan wanita ini sehingga dikatakan tidak layak berkahwin dengan seorang pelakon.

VIA TikTok

Mungkin pada mata kasar seorang itu dilihat cantik, namun tidak semestinya pandangan itu dipersetujui individu lain. Pada sesetengah orang, wanita berkulit hitam manis itu lebih memikat dan ‘eksotik’. Malah yang berkulit sawo matang pun boleh tampil menarik dan lebih memikat jika bijak mengenakan solekan, apatah lagi pada hari penting dalam hidup seseorang.

VIA TikTok

Benar, kuasa solekan memang boleh mengubah penampilan seseorang. Dengan solekan bersesuaian, pastinya penampilan diri kelihatan menyerlah terutama sekiranya ia dipadankan dengan busana indah yang melengkapkan gayanya.

Namun, apa yang lebih penting adalah keyakinan diri serta keberanian yang dimiliki oleh seseorang itu kerana pada zahirnya setiap manusia yang diciptakan mempunyai kelebihan serta kecantikan masing-masing.

Sumber:murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button