Viral

Dianggap ‘diperl4kukan seperti lembu’… Kak Long 7E minta netizen henti sal4hkan Aliff Syukri, Baby Shima – “Datuk tak bayar saya”

GARA-gara melakukan aksi yang dianggap tidak wajar, nama individu yang pernah tular kerana ins1den amuk4n di kedai serbaneka 7-Eleven, Kak Long kembali menjadi bahan kec4man netizen.

Malah, dua selebriti yang turut bersama Kak Long iaitu usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi, Baby Shima turut terpalit sama menerusi video gandingan mereka bertiga yang dikongsi di media sosial.

Susulan pelbagai t0hmahan yang dilemparkan, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura menerusi video berdurasi satu minit dan 27 saat membuat pengakuan bahawa dirinya tidak dibayar atau diupah untuk beraksi sedemikian.

 

“Kepada netizen-netizen yang berkata buruk kepada saya. Datuk (Aliff) sebenarnya tak ada ambil saya, upah apa pun.

“Yang terjadi tu adalah kehendak saya sendiri, saya yang buat sendiri,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial miliknya, petang Isnin.

Menerusi video berdurasi 21 saat, aksi Kak Long dianggap sebagai ‘diperlakukan seperti lembu’ oleh netizen.

Video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi warganet yang kesal melihat Aliff seakan menarik Kak Long yang ‘ditunggang’ oleh Baby Shima yang duduk di atas belakangnya, seperti menunggang lembu atau kuda.

Aksi Kak Long ‘diperlakukan seperti lembu’ menjadi perhatian netizen.

Sehubungan itu, Kak Long meminta semua pihak supaya berhenti menyalahkan Aliff dan Baby Shima.

“Cukup salahkan datuk, cukup salahkan Baby Shima. Sebab ini bukan kehendak datuk, tapi adalah kehendak saya sendiri… saya yang rela hati buat sendiri.

“Buat apa awak nak marah-marah datuk? Awak tak fikir ke perasaan orang apabila awak memf1tnah saya begitu.

Tak ada orang paksa, saya dengan rela hati.

KAK LONG

“Okay selepas ni, kalau awak nak saya berubah jadi baik, awak pun perlu komen saya yang baik-baik. Cukup salahkan orang, datuk tak bayar saya apa pun untuk saya buat video ni.

“Untuk saya buat video dengan Baby Shima yang saya jadi begitu… tak ada orang p4ksa, saya dengan rela hati,” tegasnya.

Kak Long mendakwa dirinya tidak dibayar melakukan aksi sedemikian.

Menurut Kak Long, dia mahu menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

“Saya nak hidup normal. Kalau awak cakap baik-baik dengan saya, Alhamdulillah.

“Kalau awak nak bersangka buruk dengan saya, awak fikirlah sendiri.

“Datuk tak ada kata apa-apa pada saya, tidak pun saya jadi begitu. Sebabnya ia adalah kehendak saya dengan rela hati,” tambahnya.

Malah, Kak Long turut meminta semua pihak berhenti melontarkan tohmahan kepada dirinya, termasuk Aliff dan Baby Shima.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button