Viral

Budak lelaki jaja kuih sendirian, menangis peluk kubur bapa… Buat ‘homework’ atas lantai depan kedai

VIDEO memaparkan seorang kanak-kanak Indonesia yang terbaring sambil menangis di atas kubur bapanya ternyata mengundang sebak netizen.

Lebih pilu, kanak-kanak dikenali sebagai Preli itu turut membawa bakul yang digunakannya untuk berniaga kuih ketika menziarahi pusara arwah.

Menurut akaun TikTok Kitabisa yang berkongsi video tular itu, bapa Preli meninggal dunia akibat tumor buah pinggang, manakala ibunya gagal dijejaki sehingga ke hari ini.

“Di kubur ayahnya, dia menangis, memberitahu betapa sukarnya hidupnya sejak ditinggalkan ibunya. Ayahnya meninggal dua tahun lepas, ibunya pula tak tahu ke mana.

“Kakaknya berhenti sekolah dan pergi bekerja sehingga jarang balik. Anak sekecil itu berjuang sendiri, jual kuih dari pagi sampai malam hari,” ujar pengendali akaun TikTok itu.

Ketika ditemubual, Preli yang gagal menahan air mata bercerita bahawa dia terpaksa berniaga kuih untuk mencari wang bagi menampung kos persekolahannya.

Dia juga dilihat duduk di atas lantai untuk membuat kerja sekolah di kaki lima sebuah kedai.

Preli meraih perhatian ramai selepas video tentang kisah hidupnya tular di media sosial.

“Preli tak mahu berhenti sekolah. Sambil berniaga, dia terus belajar sambil menunggu pembeli. Sesekali dia melihat kasutnya yang terkoyak kerana ia dipakai setiap hari.

“Dalam setiap doanya, Preli mendoakan kedua orang tuanya. Dia juga berdoa agar dikuatkan perjuangannya,” ujar pemilik TikTok itu lagi.

Menurut seorang individu, Preli telah menerima bantuan selepas kisahnya tular, malah dia juga telah disatukan semula dengan ibunya.

Kisah hidup kanak-kanak malang itu meraih perhatian rakyat Indonesia pada Februari lalu.

Ia sekali lagi tular apabila seorang rakyat Malaysia memuat naik video sama ke laman Twitter pada Rabu.

Meskipun berbeza negara, ramai rakyat Malaysia turut menzahirkan rasa sedih dan berharap agar kanak-kanak itu mendapat pembelaan sewajarnya.

“Semestinya akan membesar menjadi seorang yang berguna, penyayang, pandai berdikari dan kuat.

“Ketakutan setiap mak ayah ialah jika mereak dijemput pergi sebelum anak bersedia hadap dunia ini sendiri.

“Ya Allah, sedihnya tengok. Semoga urusan adik ni dipermudahkan,” tulis beberapa netizen Malaysia.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button