Hiburan

“Buat Hal Sajat Ni, Menghibur Betul” – Sajat Lupa Nak End Live? Ramai Tengok Dia Tidur, Dengar Bunyi Dengkur

Sejak awal pagi tadi, wargamaya sibuk memperkatakan mengenai ‘sesi tidur’ siaran langsung dari Nur Sajat di aplikasi Tik Tok.

Meski sudah menghabiskan sesi tersebut (end live), namun ada pengguna media sosial yang sempat merakam sedutan berkenaan lalu memuatkannya kembali di aplikasi sosial itu.

Vide0:

@rolexnotforex @nursajat85 asmr dari sajat #sajat #nursajat #nursajat23 #sajatkelakar #fyp#tiktokmalaysia DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

Hasil tinjauan di ruangan komen, ada netizen yang mendakwa sesi tersebut tersekat beberapa kali, mungkin kerana ada kenalan yang cuba mengejutkan penyanyi lagu Bobo Di Mana itu yang sedang tidur.

 

“Netizen comment ada member ke dia dalam live ni yang tahu number phone dia, tolong call haha. Pastu live terpause 3,4 kali sebab ada orang call. Tu dia bangun terus end,” respon netizen.

Dalam pada itu, ramai juga yang mengusik Sajat susulan video berkenaan yang kini tular di media sosial.

Malah kedengaran bunyi dengkur juga menarik perhatian netizen.

“Haha siot lah masing-masing menyempat record.”

“Hahaha sempat korang rakam.”

“Habislah Bang Jat.”

“Buat hal Sajat ni, menghibur betul.”

“Amboi bunyi apa tu? Nasib tak ternganga mulut tu.”

“Ooiii Sajat. Bunyi lori kuari je.”

“Viral doh Sajat lepas ni.

“Untungnya ramai teman tidur.”

Apa yang menarik, ketika sesi tersebut masih lagi berjalan, ia ditonton lebih 3,000 pelayar TikTok.

 

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button