Hiburan

Bertemu ‘crush’ lama, Ashira buka hati berc1nta semula tapi… “Jujur sayang masih ada”

MENGAKUI sedang bahagia mengenali lelaki bernama Fairul Ezuan, penyanyi Ashira bagaimanapun memberitahu belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga.

Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, berkata dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini membuatkan dirinya masih tr4uma untuk kembali bergelar isteri.

“Alhamdulillah… saya boleh katakan kami sedang berkawan dan dia adalah yang istimewa.

Ashira kini sedang bahagia bercinta.

“Bagaimanapun belum fikir lagi ke fasa seterusnya… biarlah kami berkawan dahulu. Saya pun sudah beritahu dia untuk tidak terlalu cepat merancang perkahwinan.

“Kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan saya masih tr4uma. Luka lama pun belum sembuh lagi!” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, Ashira berkongsi satu hantaran di media sosial menceritakan bagaimana dia kembali bertemu dengan Ezuan setelah sekian lama terpisah.

Mengakui lelaki itu adalah ‘crush’ pertama ketika masih muda dahulu, Ashira memberitahu kehadiran Ezuan membuatkan dirinya kembali ceria walaupun mereka baru dipertemukan sebulan lalu.

“Kami sudah kenal lama… sejak saya zaman remaja lagi. Kemudian terpisah dan terus tidak berhubung. Kebetulan adik Ezuan adalah salah seorang anggota dalam band saya. Dari situ kami mula berhubung.

“Ketika pertama kali bertemu semula pada 30 Ogos lalu saya takut untuk menegurnya kerana dia hadir menyaksikan persembahan saya dengan seorang wanita. Rupa-rupanya wanita itu adalah isteri kepada adiknya.

 

Kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan saya masih tr4uma. Luka lama pun belum sembuh lagi!

ASHIRA

PENYANYI

“Mungkin Allah telah aturkan untuk kembali berjumpa dengan orang yang pernah saya sayang. Jujur rasa sayang itu masih ada. Sepanjang tempoh sebulan ini juga dia buat saya kembali gembira,” ujarnya.

Bercakap tentang penerimaan anak lelakinya dalam hubungan kali ini, Ashira berkata Megat Shazril gembira jika melihat dirinya bahagia.

“Anak saya tidak ada masalah dengan hubungan kali ini. Dia gembira jika saya bahagia,” jelasnya.

Anak juga gembira melihat Ashira kembali bercinta.

Untuk rekod, Ashira pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Bad Indigo pada 11 Mac 2021.

Pasangan ini mengumumkan mereka sudah bercerai pada Jun lalu.

Ashira juga sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Megat Shazril Haziq Hadi, 16.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button