Hiburan

“Awak tipu saya dua kali” – Tak layan permohonan maaf, Sarah Yasmine tolak pelawaan Ruhainies ajak jumpa…

ENGGAN lagi terpedaya dengan kata-kata Ruhainies, kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menolak permohonan maaf secara terbuka yang dilakukan aktres itu.

Kata Sarah, dia telah memberikan peluang sebanyak dua kali kepada Ruhainies untuk merjernihkan keadaan, namun pelakon itu menipunya dan mensia-siakan peluang yang telah diberi.

“Saya sudah beri awak kesempatan untuk berlaku jujur dua kali dan awak tipu saya dua kali!

“Apa yang awak fikir untuk saya percaya setiap kata yang awak cakap sekarang ini, jadi kenyataan saya terhadap permohonan maaf awak masih tidak. Tidak!” katanya.

Sarah tidak layan ajakkan Ruhainies.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada pagi Jumaat.

Dalam hantaran tersebut turut memaparkan tangkap layar mesej diterima daripada Ruhainies yang menyatakan hasrat ingin bertemu dengan Sarah bagi menyelesaikan kemelut mereka.

“Jom jumpa, saya rasa kita perlu selesaikan masalah ini semua. Saya, awak dan Bella duduk dan bincang bagi menamatkan hal ini dengan baik, saya bersedia jumpa dengan semua,” tulis Ruhainies.

Sarah kemudiannya dilihat membalas mesej berkenaan dan mengesyaki ia ditulis oleh Aliff.

Dalam pada itu, Sarah turut memberitahu dia telah menyekat nombor salah seorang kenalan Ruhainies di aplikasi WhatsApp yang cuba menghubungi sebelum ini.

“Saya sekat awak dekat WhatsApp sebab saya tak nak bercakap dengan awak lagi. Harap maklum,” kongsinya.

Sebelum ini, pelakon Ruhainies tampil membuat permohonan maaf terhadap Bella Astillah secara terbuka.

Dia juga berharap dapat bertemu empat mata dengan Bella dan Sarah bagi menjernihkan keadaan agar semua perkara berbangkit dapat diselesaikan.

Sarah bertekad tidak mahu bertemu dengan Ruhainies.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Susulan kejadian tersebut, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan menceraikannya.

Aliff memberitahu mahkamah dia masih sayangkan Bella dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu di antara mereka semakin rumit apabila Sarah muncul mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu dan mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan Ruhainies yang dinamakan sebagai NRF.

Pendedahan itu membuatkan ramai bengang dengan Ruhainies selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button