Hiburan

Baru Je Zul Ariffin Mengaku Salah, Sekali Harith Iskander, Azhar Sulaiman Beri K0men Ped4s!

Umum mengetahui pelakon terkenal, Zul Ariffin telah mengaku salah atas pertuduhan memuat naik kandungan yang bersifat sumb4ng di media sosial pada Mac lalu. Ia menimbulkan reaksi dari pelbagai pihak termasuklah rakan selebriti seperti Harith Iskander dan Azhar Sulaiman yang turut memberikan pandangan mereka di media sosial.

Erma Fatimah Tidak Tahu Kenyataan Zul Ariffin Untuk Siapa

 

 

“Hanya dia sahaja yang tahu, saya rasa dia lebih mengetahui apa yang dia ucapkan dan kenapa dia buat begitu.

“Dalam hal ini, tiada siapa malaikat dan tiada siapa sy41tan… ini adalah tanggungjawab setiap manusia terhadap karier. Saya percaya Zul ada tanggungjawab sebagai pelakon dan pengarah juga ada tanggungjawab dia. Saya sebagai produser juga ada tanggungjawab.

“Kalau dia kata orang lain malaikat, saya pun tak tahu siapa malaikat itu. Bagi saya apa yang berlaku ini adalah pesan kepada semua orang termasuklah diri saya, pengarah dan juga pelakon lain,” katanya kepada mStar.

Titip Harapan Pada Pelakon Lain Agar Lebih Berhati-Hati

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon Azhar Sulaiman tampil menitipkan rasa simpati terhadap Zul Ariffin, malah turut berharap agar pelakon lain di luar sana untuk lebih berhati-hati.

“Sebagai rakan artis, Mami terasa sangat simpati dengan Bro Zul..Semoga pelakon-pelakon lain tidak terkena seperti dia dan lebih berhati-hati dalam bersikap ‘sharing is caring’.”-Tulis Azhar

Persoal Tindakan Pihak Terlibat

Dalam pada itu, pelakon dan pelawak, Harith Iskander turut mempersoalkan tindakan pihak terlibat yang memberikan final version kepada pelakon jika tidak mahu teaser tersebut dimuatnaik ke media sosial.

“Ok i’m confused. Saya tahu @zul_ariffin muatnaik video. Tapi siapa bertanggungjawab untuk storyboard, skrip, sh00t dan edit?. “Kalau tak nak diuploadkan-kenapa beri final version kepada pelakon.”-soal Harith

 

Terdahulu, Zul didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor atas pertudvhan memuat naik kandungan bersifat sumb4ng di media sosial pada Mac lalu.

Zul membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Pendakwaan terhadap pelakon itu dijalankan mengikut Seksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kata pelakon filem Sangkar ini, dia reda menerima hukuman dan enggan memanjangkan isu ini kerana tidak mahu membuang masa ramai pihak.

“Kita tak payah nak bercakap pasal kebenaran, orang pun tahu sebab semua orang tengok.

“Tak mengapa… tiada tindakan lagi dari saya sebab lain yang terbabit semua malaikat, saya seorang sahaja tidak,” katanya.

Pada Mac lalu, perkongsian video Zul mempromosikan drama Perempuan Itu di laman Instagram miliknya mengundang pelbagai reaksi netizen.

Video memperlihatkan Zul mendukung aktres Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Selain itu, babak mengh4irahkan menunjukkan pelakon wanita itu menyuap ‘whipped cream’ ke mulut Zul sebelum menghabiskannya seolah-olah aksi dalam filem luc4h.

Tindakan Zul itu bukan sahaja menjadi bualan netizen, malah turut menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan pendakwah.

Sumber/Kredit : murai.my, mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button