Global

Baru 2 Hari Nikah Artis Wanita Ini Dah Minta Cer4i, Alasan Yang Diberi Memang Tak Masuk Akal

BARU sahaja mendirikan rumah tangga kali kedua pada 26 November lalu, penyanyi terkenal Indonesia iaitu Ratu Rizky Nabila didakwa bakal bercerai dengan suaminya iaitu Ibrahim.

Berita mengejutkan itu dikongsi oleh Ibrahim yang memberitahu hatinya hancur apabila mendapat tahu Nabila menyimpan perasaan cinta terhadap lelaki lain.

bagi alasan sayang lelaki lain

“Ketika majlis berlangsung pun dia sempat minta agar acara dibatalkan. Apabila ditanya adakah sesiapa yang memaksa untuk berkahwin, katanya tidak!

“Kami bernikah pada hari Sabtu (26 November). Hari Ahad dan Isnin semuanya baik-baik sahaja. Kemudian dia minta cerai dengan alasan sudah ada yang lain.

“Hati saya sangat hancur sehingga tidak boleh tidur,” kata lelaki asal Libya itu seperti yang dipetik dari KapanLagi.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Nabila.

Dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Alfath Fathie pada Mac 2020 sebelum bercerai pada 5 Mei 2021.

Ratu Rizky Nabila atau yang akrab dipanggil Nabila ini lahir di Jakarta pada 2 Oktober 1994. Ini bermakna, pada  tahun 2021 ini dia telah pun berusia 27 tahun.

Ratu Rizky Nabila nekad buang 13 t4tu di badan

Penyanyi Ratu Rizky Nabila, 26, bertekad untuk membuang 13 t4tu yang ada di tubuhnya kerana tidak mahu anaknya, Jewanio Rizky Abas melakukan perkara sama apabila dewasa nanti.

“Saya tidak mahu Nio melakukan perkara yang salah dari segi agama. Dalam Islam, ini (t4tu) tidak boleh dan saya berharap Nio boleh jadi insan yang berperibadi soleh.

“Saya takut Nio nanti bertanya, ‘Ami itu apa? Saya kini terfikir tiada apa-apa yang istimewa dengan t4tu dan hanya perkara bodoh saja,” katanya.

Selain anak, Ratu Rizky Nabila yang kini sudah bercerai dengan suaminya juga tidak mahu perkara ini ditanyakan bakal mentuanya apabila dia berkahwin lagi nanti.

“Saya tidak menyesal membuang t4tu dan saya lega apabila berjaya membuang semuanya,” katanya. Menurutnya, dia akan membuang t4tu di tubuhnya itu secara berperingkat dan kosnya adalah RM29,000.

“Saya tidak menyesal kerana ini adalah hidayah buat saya. Ini adalah proses pembelajaran buat saya,” katanya.

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button