Hiburan

“bagi saya, dia baik hatilah sebab.. Ini Pula Kata² Pengarah Syafiq Yusof Tentang Ketiadaan Kazar Buat Ramai Setuju

Ketiadaan pelakon Kazar Saisi pada Malam Gala Filem Abang Long Fadil 3 terbitan Skop Productions yang berlangsung, semalam, menimbulkan persoalan.

Apatah lagi ketika ini isu anaknya dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya juga pengarah Syamsul Yusof masih hangat diperkatakan.

Pengarah filem ALF3, Syafiq Yusof, memaklumkan pihaknya telah memberi jemputan tetapi Kazar memilih untuk tidak hadir bagi mengelakkan kontroversi.

“Secara peribadi, kami melayangkan undangan kepada dia.

Tak nak cetus kontroversi

Tapi bagi saya, dia baik hatilah sebab dia cakap dia tak nak timbulkan apa-apa kontroversi.

Jadi, itu terpulang kepada dia tapi kami sudah menjemput Kazar,” ujarnya.

Tambah anak kepada Datuk Yusof Haslam ini, dia memilih Kazar bagi menjayakan watak dalam filem ALF3 kerana dia masih aktif dalam industri dan kesesuaian karakter.

“Ketika penggambaran dijalankan, ia berlaku pada tahun 2019. Belum ada kontroversi ketika itu. Dia memberikan lakonan yang baik dan sangat profesional.

“Saya beri tawaran kepda Kazar kerana saya mahu pelakon veteran yang mempunyai elemen komedi dan boleh melakukan aksi pertarungan.

Kazar ada ciri-ciri terbabit dan dia masih aktif dalam industri, sebab itu saya pilih dia,” katanya lagi.

Syafiq turut menegaskan bahawa dia tidak janggal untuk bekerjasama dengan Kazar kerana dia tak mempunyai sebarang masalah dengan pelakon itu.

“Saya dengan dia tak ada sebarang masalah. Mengenai kontroversi terbabit, saya tak tahu apa-apa tetapi kerja adalah kerja.

“Saya tak tinggal sama dengan abang saya (Syamsul Yusof) jadi saya tak tahu apa yang terjadi,” ujarnya.

Terdahulu, Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, 68, berkata, pihaknya bersama rakan kerjasama untuk filem itu, Astro Shaw sudah menjemput semua pelakon yang terbabit.

“Saya cakap terus terang, saya profesional, kita jemput. Saya cakap saya profesional, begitu juga isteri saya cakap perkara sama. Astro ada buat jemputan, begitu juga pihak Skop Productions.

Kita tak pernah kata kita takkan jemput, saya takkan cakap macam itu,” katanya kepada Harian Metro. Yusof yang ditemui selepas tayangan filem Abang Long Fadil 3 berkata, apa yang berlaku adalah membabitkan hal peribadi.

“Saya kalau jumpa Kazar tak ada bermasam muka. Bagi saya itu hal anak dia.

Datuk Rosyam ada cakap saya kena jumpa dia, saya tanya kenapa nak kena jumpa. Tak ada pasal, itu hal peribadi,” katanya.

 

Ini penjelasan Kazar tentang ketiadaannya

Sementara itu, Kazar, 63, atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi berkata, filem itu lebih penting daripada dirinya.

” Saya tak hadir agar media boleh tumpukan pada filem Abang Long Fadil 3. Filem itu lebih penting daripada saya,” katanya.

Ditanya sama ada dia mendapat jemputan bagi menghadiri acara itu, Kazar berkata dia dijemput oleh pihak Astro Shaw.

Terdahulu,“Mereka saja tahu..” itu kata2 pelakon Kazar

“Tak yah lah, tak ada apa nak komen,” kata pelakon Kazar juga bapa kepada wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangga pasangan pelakon Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sejak empat tahun lalu.

Kazar, 63, atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi ketika dihubungi berkata apa berlaku hanya mereka saja yang tahu.

“Susahlah nak cakap. Mereka saja tahu apa berlaku. Apa saya tahu, perkara ini kecoh diperkatakan baru-baru ini.

“Cuma, saya tak tahu nak komen macam mana. Saya juga kena jaga hati semua pihak apatah lagi di bulan Ramadan ini,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan Ira Kazar akan ditah4n Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurut sumber HarianMetro, tndakan itu dibuat selepas Ira dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tndakan sa-man yang difailkan Puteri Sarah di Mhkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu pada 18 Ogos lalu.

Ira Kazar disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta KsaIahan Jnayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Sksyen berkenaan berkaitan mengha-sut suami atau isteri supaya bercrai atau mengabaikan kewajipan.

Ia membabitkan mana-mana orang yang mengha-sut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercrai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu ksaIahan.

Jika disab1tkan boleh diden-da tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenj4rakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Yusof Haslam harap desas desus Syamsul kahwin dengan Ira tidak terjadi

Sebelum ini, timbul desas desus mengatakan pengarah filem Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat semakin mendapat perhatian.

Namun adakah berita itu benar atau ia spekulasi semata-mata?

Bagaimanapun bapa pengarah kacak itu, Datuk Yusof Haslam ternyata amat terkejut dan berharap berita yang diperkatakan itu tidak menjadi kenyataan.

” Saya tidak tahu tentang hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita, jadi saya malas hendak komen lanjut.

” Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi saya harap ia tidak terjadi,” kata beliau pada Jun lalu.

Terdahulu, sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.

Biarpun tidak menulis nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.

Laporan itu yang memetik sumber melaporkan, pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentuanya bagi membincangkan hasrat berkenaan.

Dalam pada itu, Yusof berkata, dia berasa kasihan dan bimbang berita sebegitu bakal mengganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya.

Yusof juga tidak mahu menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarga.

” Saya hanya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan kepada menantu saya (Puteri Sarah) jika cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham,” ujarnya.

Konflik rumh tngga Syamsul dan pelakon isterinya, Puteri Sarah Liyana mula menjadi perbualan apabila aktres tersebut mula mendedahkan hbungan mereka diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar yang juga merupakan anak kepada pelakon Kazar Saisi.

 

Sumber : Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button