Viral

Ayam percik tong sampah’… nampak sedap, tengok cara penyediaan terus kembang tekak – “Ya, tahu tong tu baharu”

SEBUT saja bazar Ramadan, pasti suasana meriah dengan pelbagai jenis juadah yang dijual terlintas di fikiran.

Seperti biasa, antara menu yang menjadi tumpuan semestinya roti john, murtabak, ayam golek serta ayam percik.

Terbaharu, ayam percik yang dijual oleh salah seorang peniaga di bazar Ramadan di Pulau Pinang menjadi tumpuan ramai.

Pada mulanya, video itu dimuat naik oleh sebuah akaun di Instagram adalah untuk mempromosikan makanan tersebut.

Tangkap layar menunjukkan cara penyediaan ayam percik.

Namun, lain pula diperhatikan oleh netizen yang mempertikaikan cara penyediaan ayam percik yang nampak sedap itu.

Jika diteliti pada ruangan komen, netizen terkejut melihat peralatan yang digunakan untuk memasak makanan berkenaan.

Sebagaimana dipaparkan dalam video, dapat dilihat peniaga menggunakan sebuah tong besar berwarna hitam untuk mengisi sos perapan ayam percik.

Kebiasaannya, tong tersebut digunakan untuk mengisi sampah sarap.

“Kembang tekak nak beli (ayam percik) pakai (celup dalam) tong sampah, pakailah tong lain. Dah terbiasa tong macam tu untuk letak sampah. Ya, tahu tong tu baharu.

“Bekas kuah yang dalam tong tu bukan untuk makanan sebab dia bukan food safety. Bahan kimia daripada tong tu masuk dalam makanan bila panas-panas kuah tu.

“Aduh pakailah tong yang sesuai untuk makanan. Siapa beli memang hati kering sungguh. Kalau aku, bagi free (percuma) pun tak nak,” kata netizen.

Kembang tekak nak beli (ayam percik) pakai (celup dalam) tong sampah, pakailah tong lain. Dah terbiasa tong macam tu untuk letak sampah.

NETIZEN

Selain penggunaan alatan yang didakwa tidak sesuai, netizen turut mengkritik peniaga apabila meletakkan tong berkenaan di atas jalan tanpa alas pada bahagian bawah tong.

Menurut netizen, cara pengendalian makanan oleh peniaga tersebut tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“Ni kalau ikut food safety gagal ni. Benda makanan tak boleh letak atas lantai. Harus tiga kaki dari paras lantai. Letaklah atas meja ke. Cross contamination!

“Maaflah… kenapa (guna) tong sampah ya? Takkan sebab murah. Tong sampah kualiti rendah dan kita pun tahu untuk letak sampah. Jadi jagalah perniagaan anda.

Komen netizen di Instagram.

“Semoga peniaga ni dapat baca komen dan teguran dengan hati yang terbuka. Food safety sangat penting,” ujar netizen di ruangan komen.

Sebagai peniaga makanan, kebersihan dan kejujuran dalam berniaga merupakan perkara perlu dititik beratkan apatah lagi dalam mencari keberkatan berniaga di bulan puasa.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button