Hiburan

Anita Baharom Bakal Berkahwin Dengan Duda Anak Lapan – “Kami Kembali Berhubung Selepas…”

Kuala Lumpur : Pelakon Anita Baharom, 39, menyifatkan jodohnya dengan bakal suami, Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, sudah ditetapkan Allah SWT dan menerimanya dengan rasa syukur serta seikhlas hati.

Anita ketika dihubungi berkata, yang pergi tetap sudah pergi, namun dia perlu meneruskan kehidupan dan bertemu jodoh untuk berkahwin ini perkara yang baik serta kenapa pula hendak dilambat-lambatkan.

“Saya pun sebelum membuat keputusan nak berumah tangga semula, ada buat solat istikarah juga dan minta pandangan kenalan yang arif dalam agama. Kata mereka, jodoh dah sampai itu perkara yang baik dan calon suami pun berstatus duda.

Alhamdulillah, saya tak berkahwin dengan suami orang. Malah, anak-anak saya juga menerima baik dan sayang dengan Engku Isyamuddin yang saya lihat amat penyayang. Apabila anak-anak selesa dengan bakal suami, saya jadi tambah yakin,” katanya yang akan melangsungkan pernikahan dengan Engku Isyamuddin pada 22 Disember ini di Subang Jaya, Selangor.

Anita yang dikenali menerusi drama Dunia Baru dan Keluarga Iskandar berkata, dia juga berbincang dengan anak-anaknya lebih dulu dan penerimaan mereka masing-masing terhadap calon suami sangat baik dan positif.

“Kalau ‘mommy’ dah okay, mereka pun okay terutama anak kedua, Iskandar sayang sangat dengan

Engku Isyamuddin kerana minat mereka sama terhadap bola sepak. Anak sulung, Syifa dan bongsu, Mikail juga menyayangi bakal suami.

“Apa yang saya harapkan agar jodoh kami kekal hingga akhir hayat dan sampai syurga. Saya juga bersyukur hingga kini segala persiapan dan urusan perkahwinan berjalan lancar serta dipermudahkan Allah,” katanya.

Pelakon drama Dunia Baru ini mendedahkan perjumpaan mereka pada tahun 2017 semasa mencari tiket perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Thailand sempena Sukan SEA 2017.

“Saya dan arwh suami, Mohd Ismadi bertemu dengan Engku Isyamuddin yang kebetulan mempunyai tiket lebih.

“Bagaimanapun selepas itu kami langsung tidak berhubung dan hanya kembali berhubung selepas tamat tempoh eddah pada Mei lalu,” ujarnya.

Engku Isyamuddin yang bekerja sendiri, sebelum ini adalah Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd.

Anita berkata, dia dan bakal suami membuat keputusan untuk membawa hubungan mereka ke fasa perkahwinan kali kedua masing-masing pada November lalu.

Katanya, semua berlaku sangat pantas, tanpa dirancang dan inilah jodoh kami.

Tambahnya lagi, bakal suaminya mempunyai lapan cahaya mata yang berusia 6 hingga 24 tahun dan sudah menduda sejak hampir setahun yang lalu.

Pasangan itu akan diijabkabulkan di sebuah dewan acara di Subang Jaya pada 22 Disember, diikuti majlis resepsi pada keesokan harinya yang bertemakan tradisional.

Hasil perkongsian hidup Anita dengan Mohd Ismadi, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Syifa Dhia Nurina, 15; Mohamad Dhia Iskandar, 11; dan Mohamad Dhia Mikail, 8.

Sumber: HM, Xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button